Apa yang anda akan lakukan jika duit sebanyak lebih RM200 bilion masuk kedalam akaun anda. Satu pasangan suami isteri di Amerika Syarikat terkejut besar apabila mengetahui sejumlah AS$50 bilion (RM208 bilion) terlah dimasukkan kedalam akaun bank milik mereka secara tidak sengaja.
Si suami yang dikenali sebagai Darren James mengatakan dirinya amat terkejut kerana seumur hidup tidak pernah melihat wang sebanyak itu dalam akaun banknya. Dia mengetahui perkara luar biasa tersebut selepas dmakluman oleh isterinya yang juga turut terkejut melihat jumlah wang itu.
Walaubagaimanapun, mereka masih berfikiran waras dan tidak terfikir untuk mengambil wang berbilion berkenaan yang sememangnya bukan milik mereka. Namun mereka tertanya-tanya pihak mana yang memasukkan duit tersebut ke akaun mereka, lebih-lebih lagi mereka tidak mengenali sesiapa pun kenalan atau orang yang memiliki duit sebanyak itu.
“Ia amat mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya.
“Sebaik melihatnya, saya tidak terfikir untuk menyimpannya. Namun, perkara yang menjadi tanda tanya adalah dari mana wang itu datang dan kami tidak mengenali sesiapa pun yang mempunyai wang sebanyak itu,” kata James.
Mereka pun membuat keputusan untuk melaporkan keadaan luar biasa itu kepada pihak bank. Pihak bank kemudiannya memproses dan memperbetulkan kesilapan teknikal itu dalam masa empat hari, tapi mereka tidak mendedahkan punca dan sebab mengapa wang berbilion itu didepositkan ke dalam akaun James dan isterinya.
James dan isterinya sempat merakam gambar paparan skrin akaun banknya sebagai tanda kenang-kenangan.
Pemegang akaun bank yang menerima duit yang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya adalah dilarang untuk menggunakan atau membelanjakan wang tersebut. Jika ada yang berbuat demikian, si pemegang akaun bank itu kemungkinan akan dikenakan dengan pertuduhan jenayah kerana mencuri harta benda yang hilang secara tidak sengaja.
Dalam kebanyakan kes seperti ini, pihak bank biasanya akan dapat mengenalpasti kesilapan transaksi yang berlaku dan kemudian memperbetulkannya.