Suami Sanggup Tolong Isteri Berkahwin Dengan Kekasih

Aabila pasangan suami isteri mendirikan rumahtangga, sudah pasti salah satu impian bersama adalah mempertahankan rumahtangga mereka walau apa pun masalah yang datang menimpa.nangtime.com - Suami Sanggup Tolong Isteri Berkahwin Dengan Kekasih

Namun hati manusia sangatlah sukar diduga dan boleh berubah. Seperti yang berlaku di India ini, tak ubah macam babak filem Bollywood, Hum Dil De Chuke Sanam, seorang suami di India sanggup mengorbankan cintanya demi menyatukan isterinya dengan kekasih wanita itu.

Lelaki itu, Uttam Mandal dari bandar Sultanganj, Bhagalpur merestui perkahwinan isterinya, Sapna Kumari dengan insan yang dicintainya.

Memetik portal Oddity Central, Uttam memutuskan perkara itu selepas menyedari Sapna jatuh hati kepada lelaki lain yang juga saudara-mara suaminya itu.

nangtime.com - Suami Sanggup Tolong Isteri Berkahwin Dengan Kekasih

Uttam megetahui hubungan sulit mereka dan meskipun pada mulanya marah dan bertengkar beberapa kali, Uttam mengambil keputusan untuk mengalah.

Namun tindakannya kemudian sangat mengejutkan apabila dia sendiri membantu isterinya berkahwin deĀ­ngan Raju. Katanya, Sapna sering dilanda dilema kerana tidak dapat meninggalkan kekasih hatinya itu.

“Pada mulanya memang saya marah dan kadang kala sedih, tetapi saya membuat keputusan ini untuk menyelesaikan masalah kami.

nangtime.com - Suami Sanggup Tolong Isteri Berkahwin Dengan Kekasih

“Kehidupan tiga orang akan musnah jika saya tidak buat macam ini. Jadi inilah saja jalan terbaik. Sekarang kami semua boleh hidup dengan bahagia,”

Ibu bapa Sapna sudah cuba memujuknya agar tidak berpisah dengan suaminya, Uttam. Namun mereka terkejut apabila Uttam sendiri yang membenarkan malah menyakinkan mereka untuk menerimanya. Di majlis perkahwinan Sapna dengan kekasihnya, Uttam juga turut hadir.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box