Suami Tunggu Isteri Temuduga, MeninggaI Dunia Dalam Kereta

“Saya terkejut apabila panggilan telefon disambut anak sulung yang menangis memaklumkan suami tidak sedarkan diri,” kata Nurul Ain Mohd Razip, 31.nangtime.com - Suami Tunggu Isteri Temuduga, MeninggaI Dunia Dalam Kereta

Suaminya, Mohd Ashraf Rosli, 35, meninggal dunia di dalam kereta ketika menunggunya menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar, semalam.

Menceritakan detik memilukan itu, Nurul Ain berkata, dia menghadiri temu duga sebagai jururawat di hospital berkenaan sementara suami serta tiga anaknya berusia 10 bulan hingga enam tahun menunggu di dalam kereta.
Menurutnya, dia tidak sedap hati selepas suaminya memaklumkan dia mengalami sakit di dada ketika menghantarnya semalam.

nangtime.com - Suami Tunggu Isteri Temuduga, MeninggaI Dunia Dalam Kereta

“Ketika sedang menunggu giliran, saya berbalas Whatsapp dengan suami kerana bimbangkan keadaannya.

“Kira-kira 3.45 petang, saya menghubungi telefon bimbit suami kerana kiriman Whatsapp tidak berjawab.

“Terkejut apabila panggilan saya disambut tangisan anak sulung yang memaklumkan suaminya tidak bergerak,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

nangtime.com - Suami Tunggu Isteri Temuduga, MeninggaI Dunia Dalam Kereta

Beliau berkata, suaminya yang bertugas di bahagian teknologi maklumat hospital sama bagaimanapun tidak dapat dikesan di parkir kakitangan.

Katanya, mujur ada orang awam yang melihat anaknya menangis di dalam kereta sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Selepas menemui kereta di parkir suami di bahu jalan, ambulans segera membawanya ke bahagian kecemasan untuk bantuan namun tiada respons.

“Suami kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggaI dunia,” katanya.

nangtime.com - Suami Tunggu Isteri Temuduga, MeninggaI Dunia Dalam Kereta

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Bercham, Ipoh sebaik bedah siasat selesai dijalankan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai MATl mengejut (SDR),” katanya.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box