“Tahu Ke Awak Repair, Awak Pun Bawa Motor Je..” Baru Nak Tolong, Sekali Dianggap Nak Menipu

Sudah menjadi naluri manusia apabila melihat orang dalam kesusahan dan seperti perlukan pertolongan, mojoriti orang akan cuba untuk membantu. Tengok sajalah, kisah-kisah tular mengenai kesusahan atau musibah yang melanda seseorang, ramai yang mahu menghulurkan bantuan.nangtime.com - “Tahu Ke Awak Repair, Awak Pun Bawa Motor Je..” Baru Nak Tolong, Sekali Dianggap Nak Menipu

Walaubagaimanapun, kadangkala niat kita mahu menolong akan disalahtafsir oleh sesetengah orang, seperti yang berlaku kepada lelaki ini. Kisahnya dia terserempak dengan wanita yang menghadapi masalah tayar pancit, namun niatnya dibalas dengan kata-kata yang tak masuk akal dari wanita terbabit.

Menurut Darul Azzuan Rosman, waktu itu dia dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke tempat kerja di Cheras kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Kebetulan saya nampak wanita dalam lingkungan usia 45 hingga 47 tahun keluar kereta untuk tengok tayar kereta dia. Saya pula kebetulan melepasi kereta dia.

“Jalan dekat kawasan tu tengah construction. Jadi memang tak boleh laju. Saya tengok memang tayar kereta dia pancit. Jadi saya pun berhentikan motosikal saya untuk bantu,” katanya.nangtime.com - “Tahu Ke Awak Repair, Awak Pun Bawa Motor Je..” Baru Nak Tolong, Sekali Dianggap Nak Menipu

 

Jelas pemuda berusia 38 tahun itu, sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya untuk membantu mereka yang mengalami masalah tayar pancit jika dia kebetulan berada di lokasi kejadian.

 

“Selalunya kes tayar pancit ni bila saya offer nak tolong orang accept tapi yang ni lain pula. Akak tu kata tayar dia belum pancit lagi.

“Dia suruh tengok tayar kereta dan dengan yakinnya dia beritahu belah bawah je kempis, belah atas ada angin lagi. Dia juga ingat saya nak tipu dia.nangtime.com - “Tahu Ke Awak Repair, Awak Pun Bawa Motor Je..” Baru Nak Tolong, Sekali Dianggap Nak Menipu

“Dia cakap kalau tayar pancit tahu ke saya nak repair sebab saya pun bawa motor je. Reason akak tu buat saya terdiam. Inilah kali pertama saya jumpa orang bagi jawapan macam tu,” katanya.

Namun Darul tidak ambil hati dengan kata-kata wanita itu kerana percaya dia mungkin naif pasal kereta.

“Saya tak ambil hati pun. Saya anggap dia naif dan kurang tahu pasal kereta. Mungkin juga dia terlalu berhati-hati dan risau kena tipu.

“Dia juga mungkin tak tahu macam mana rupa sebenar tayar pancit. Ya lah zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.

“Tapi bila akak tu bagi alasan tayar tak kempis cuma kempis (bahagian) bawah tu memang self-defence 2020. Bila dengar je reason dia tu saya terus gerak ke tempat kerja saya,” katanya.

nangtime.com - “Tahu Ke Awak Repair, Awak Pun Bawa Motor Je..” Baru Nak Tolong, Sekali Dianggap Nak Menipu
Posting Di Facebook

Darul Azzuan Rosman turut memberikan nasihat supaya para pemandu khususnya wanita agar tahu serba sedikit perkara asas mengenai kereta.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit dan menyifatkannya kurang cerdik. Antara komen-komen netizen:

Brian Okoner
Lepas ni memang berjela la perempuan bwk keta tersadai tggu pomen

Surip Sirajuddin
Jangan kata nk menang, Seri pun susah kalau dh nama nya pompuan

Haty Ku
Hahaha.. kita yang ppuan ni pun rs nak ketuk je kepala ‘akak’ tu bg betul balik.. dah b*doh.. sombong pulak..

Ismed Ulam Pegaga
Aik.. Tu bangang mada bebal pekat sgt. Ikut suka akak la nk watpe. Aku harap dia boleh tiup tayar tu guna mulut mcm belon.

Khairul Azlan
Pergh..Bukan je kalah..Malah kene kutuk lagi..”Kamu tu bawak motor je..Tau ke repair tayar kerete..” pedih..

 

Facebook Comments Box