Tak Dapat Hantar Ke Pintu Rumah, Penghantar Makanan Kena BeIasah

Lelaki Penghantar Makanan Dibelasah Pelanggan Yang Tidak Bertimbang Rasa. Beberapa hari ini viral satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang rider Foodpanda dibeIasah pelanggannya kerana makanan yang dipesan tidak dihantar ke depan pintu rumahnya.nangtime.com - Tak Dapat Hantar Ke Pintu Rumah, Penghantar Makanan Kena BeIasah

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daniel (@afixqs) berkata, rider berkenaan tidak dapat naik kerana tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Dia yang berkongsikan video itu di laman Twitter miliknya turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan pelanggan itu.

“Kalau betul pun rider tu yang salah perlu ke sampai macam tu sekali dia kena pukuI?,” ujarnya.nangtime.com - Tak Dapat Hantar Ke Pintu Rumah, Penghantar Makanan Kena BeIasah

Menurut Daniel yang pernah menjadi penghantar makanan, dia pernah dimaki oleh pelanggan kerana makanan lambat sampai tetapi perkara seperti itu bukanlah disengajakan oleh mereka para ‘riders’.

 

“Adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masanya kami perlu menghantar banyak tempahan.

nangtime.com - Tak Dapat Hantar Ke Pintu Rumah, Penghantar Makanan Kena BeIasah

“Kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis boleh saja mereka terus membuat aduan dan ‘rider’ akan terus dibuang oleh majikan,” ujarnya.

Perkongsian Daniel itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan pelanggan itu. Malah, ramai yang tidak setuju dengan istilah ‘customer always right’ sehingga memberi hak kepada pelanggan melakukan apa sahaja.

VIDEO:

Mohon kepada para pelanggan untuk banyak-banyak bersabar ya, kalau rasa tak boleh sabar sila masak makanan anda sendiri.

Facebook Comments Box