Wanita ini tidak keluar rumah selama 3 minggu tetapi dia telah disahkan positif Covid-19. Hal ini dikatakan disebabkan oleh tabiatnya dalam rumah yang kerap melakukan online shopping.
Rachel Brummert selama 3 minggu langsung tak keluar rumah, dia lakukannya dengan penuh disiplin sehinggakan dia rela tidur berasingan dengan suaminya sepanjang musim wabak Covid-19 ini.
Manurut laman New York Post, gadis yang menetap di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat ini penghidap penyakit autoimun, satu penyakit yang mudah terkena jangkitan itu sebablah dia betul-betul peka dalam mengkuarantinkan dirinya ini.
Dah duduk rumah, tidur berasingan tetapi ‘malang tak berbau’ apabila dia masih terkena jaangkitan Covid-19 dan dia disahkan positif kerana kerap online shopping.
Tapi macam mana pula boleh jangkit?
Seperti kita juga, sudah semestinya online shopping itu salah satu perkara yang mesti akan dilakukan untuk meghilangkan kebosanan atau sedikit ‘hiburan’ buat kita.
Sama juga Rachel dia hari-hari online shopping tanpa diduga, salah seorang yang menghantar parcel dekat dia itu positif Covid-19 tanpa diketahui. Dia mengambil bungkusan itu tanpa memakai sarung tangan.
“Selama ini saya fikir apa yang saya buat dah cukup memberikan perlindungan dan betul saya tak pernah selesema teruk Tapi kali ni, teruk dia memang lain macam.”
Jadi sebagai pengajaran, bukan lah kita tak boleh beli online shopping tapi kena ambil lamgkah berhati-hati walaupun nampak remeh, kalau boleh sanitise balik parcel atau gunakan sarung tangan.
Kalau boleh lepas sentuh, buang bungkusan dengan segera dan basuh tangan tu hal ini nampak remeh tapi kadang-kadang perkara remeh itu lah yang boleh bagi impak besar pada diri kita. – Lobak Merah