Pada masa sekarang, tidak dinafikan terdapat ramai keluarga yang mengalami masalah kewangan akibat kehilangan kerja, gaji dipotong dan pendapatan berkurang.
Namun, kita masih boleh dikira bernasib baik kerana ada ramai pihak-pihak yang prihatin dengan golongan sebegini yang berusaha untuk membantu memberikan sumbangan dan meringankan sedikit beban mereka.
Kebanyakkan barangan bantuan yang diberi adalah barangan asas seperti barangan dapur, beras, telur termasuk juga susu dan lampin buat keluarga yang ada anak kecil. Namun timbul cerita yang kurang enak didengar apabila terdapat pihak yang perlukan bantuan memilih jenis barangan dan bantuan yang diberikan.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Mimi Rozmiza Rozman berkongsikan kisah seorang wanita yang menghantar mesej memnita barangan kepadanya. Namun apa yang mengejutkan ialah apabila wanita berkenaan turut meminta lampin berjenama untuk anaknya yang berusia 5 tahun.
Mimi Rozmiza bagaimanapun menerangkan dengan baik bahawa dana bantuan yang digunakan untuk membeli barang adalah bergantung kepada dana duit sumbangan yang diterima olehnya.
Susulan ‘permintaan’ itu tidak ditunaikan, wanita tersebut telah membalas balik dengan bahasa kasar selepas kisahnya tular dan memberitahu dia tidak peduli dengan kecaman orang ramai.
“Anak aku kan, aku punya sukalah, takde duit nak bagi pampes brand yang anak aku pakai cakap jela. Aku tak mainlah pakai pampes brand cap ayam, nanti menggerutu pula kulit anak aku.
“Tak mampu bagi cakap je siang-siang, banyak lagi NGO mampu bagilah”
Kau simpan jela pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya, pergi mamposs, sikit pun aku tak hairan”
Mesej balas wanita terbabit ternyata mengundang lagi ramai netizen yang berang dengan jawapannya yang dilihat angkuh dan kasar serta tidak bersyukur. Antara komen netizen:
“Dah susah buat laa cara susah, orang dah bagi pampers kau sibuk nak yang branded (berjenama). Sedarlah diri tu dah susah, kalau nak yang branded, pergi beli sendiri, sedar diri tu kak,”
Seorang wanitalain pula menasihat wanita itu supaya melatih anaknya agar tidak memakai lampin pakai buang lagi kerana usia anaknya sudah mencecah lima tahun.
Kredit: Mimi Rozmiza Rozman