Tak Perlu Berhabis Banyak Duit, Guna Cara Ini Untuk Kawal Minyak Di Muka Anda

Kulit muka berminyak merupakan salah satu masalah biasa yang dihadapi oleh ramai orang. Jika kulit anda jenis yang berminyak, bahagian yang paling jelas yang dapat dilihat adalah pada bahagian hidung. Memang betul masalah hidung berminyak ni adalah masalah biasa yang dihadapi oleh orang ramai. Tapi kalau muka jadi terlampau berminyak, boleh jadi annoying juga kan.nangtime.com - Tak Perlu Berhabis Banyak Duit, Guna Cara Ini Untuk Kawal Minyak Di Muka Anda

Apa yang buat kita tak seronok lagi adalah, muka berminyak ni akan menyebabkan masalah lain seperti tumbuhnya jerawat dan solekan tidak dapat kekal dengan baik pada bahagian tersebut.

Tapi usah risau, ada beberapa kaedah mudah yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah ini.

Menjaga kebersihan muka
Sebahagian besar kelenjar minyak berada di zon T wajah kita. Salah satu cara untuk meringankan masalah itu adalah dengan menjaga kebersihan wajah.

Ini termasuklah memastikan pori hidung dalam keadaan bersih kerana ia tempat paling senang berminyak.

nangtime.com - Tak Perlu Berhabis Banyak Duit, Guna Cara Ini Untuk Kawal Minyak Di Muka Anda

 

Bersih guna air
Mengekalkan kelembapan kulit wajah adalah salah satu cara nak mengatasi masalah muka berminyak, jadi solusi yang paling mudah adalah cuci wajah menggunakan air biasa (bukan sejuk atau suam) untuk mempertahankan kelembapan kulit. Air biasa juga akan membantu membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah.

Tiada masalah untuk menggunakan pencuci wajah tetapi jangan terlalu kerap, sebaliknya cuci muka dengan air biasa selalu agar wajah sentiasa lembab.

Scrub wajah

nangtime.com - Tak Perlu Berhabis Banyak Duit, Guna Cara Ini Untuk Kawal Minyak Di Muka Anda
Exfoliate kulit anda adalah sangat penting, supaya dapat keluarkan segala kotoran degil dalam pori. Kalau tak mahu beli scrub muka, boleh buat sendiri di rumah. Campuran madu dan kacang badam adalah bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi kulit yang berminyak.

Satu sudu madu dan campurkan dengan kacang badam yang ditumbuk. Jadikan ia sebagai masker wajah. Ia akan menyerap minyak dengan lebih efektif.

Jus lemon
Lemon memiliki banyak manfaat dan salah satunya mengurangkan minyak dan membersihkan wajah daripada kotoran. Caranya, sapu jus lemon pada bahagian hidung dan bilas menggunakan air biasa.

nangtime.com - Tak Perlu Berhabis Banyak Duit, Guna Cara Ini Untuk Kawal Minyak Di Muka Anda

Cuka
Cuka tidak hanya mengurangkan minyak pada wajah tetapi menghalang kotoran meresap ke dalam kulit. Campur cuka dengan air dan celupkan kapas.

Sapu pada hidung dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci menggunakan air sejuk.

Selamat mencuba semua!

Kredit: Zayan

Facebook Comments Box