Tak Puas Hati Ibu Bapa Hadiahkan Kereta BMW Dan Mahukan Kereta lagi Mahal, Anak Sanggup Buang Kereta Ke Sungai

Anak tak pandai nak bersyukur! Seorang pemuda sanggup membuang kereta BMW M3 yang dihadiahkan oleh ibu bapa sempena hari kelahirannya gara-gara tidak berpuas hati. Dia dikatakan tidak berpuas hati dengan kereta BMW tersebut dan mahukan kereta yang lebih mahal iaitu kereta Jaguar.nangtime.com -  Tak Puas Hati Ibu Bapa Hadiahkan Kereta BMW Dan Mahukan Kereta lagi Mahal, Anak Sanggup Buang Kereta Ke Sungai

Kalau anda dihadiahi ibu bapa anda kereta BMW M3 pada hari ulang tahun, bagaimana perasaan anda? Pasti anda akan rasa gembira dan teruja, bukan? Tetapi tidak demikian bagi seorang lelaki di India.

Sebaliknya, tanpa rasa bersalah, lelaki terbabit ‘membuang’ kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.

Tidak hairan, klip video tersebut segera tular dan ramai mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak tahu bersyukur.nangtime.com -  Tak Puas Hati Ibu Bapa Hadiahkan Kereta BMW Dan Mahukan Kereta lagi Mahal, Anak Sanggup Buang Kereta Ke Sungai

Ya, bagai tanpa rasa syukur, anak lelaki tuan tanah tempatan itu mahu kereta yang baginya lebih hebat, iaitu kereta Jaguar.

 

 

Menurut Daily Mail, Akash dari Haryana dipercayai bertindak demikian disebabkan tidak puas hati kerana tidak dihadiahkan kereta Jaguar oleh ibu bapanya.

nangtime.com -  Tak Puas Hati Ibu Bapa Hadiahkan Kereta BMW Dan Mahukan Kereta lagi Mahal, Anak Sanggup Buang Kereta Ke Sungai

“Sebagai tanda protes, dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai,” kata laporan itu.

 

Difahamkan, harga sebuah kereta BMW ialah kira-kira RM206,167, manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah kira-kira RM294,521.

VIDEO:

Tak pandai nak bersyukur dan langsubng tak menghargai pemberian ibu bapa. Apabila orang hidup sentiasa dalam kemewahan dan segala permintaan dipenuhi, mereka kemungkinan tidak dapat menerima sesuatu yang tidak menjadi seperti yang mereka inginkan seperti pemuda ini.

Semoga pemuda ini insaf dan terbuka hatinya untuk berubah suatu hari nanti.

Facebook Comments Box