Tak Sampai 5 Minit Tinggalkan Kereta, Lelaki Terperanjat Melihat Seorang Perempuan Dalam Keretanya Duduk Tempat Pemandu

Seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa mengalami keadaan yang langsung tidak disangkanya apabila berhenti sekejap untuk membeli barang di kedai runcit. nangtime.com - Tak Sampai 5 Minit Tinggalkan Kereta, Lelaki Terperanjat Melihat Seorang Perempuan Dalam Keretanya Duduk Tempat Pemandu

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Ampon Kansuwan, berkongsi rakaman apa yang berlaku kepadanya dan tiga orang anaknya di laman sosial Facebook. Beliau berhenti sejenak di tepi jalan untuk ke kedai runcit bagi membeli barang sekejap.

Apabila kembali, betapa terkejutnya beliau mendapati seorang wanita yang tidak dikenali duduk di bahagian tempat duduk pemandu.

Di dalam rakaman video tersebut, terlihat wanita tersebut sedang menyelongkar barangan di dalam keretanya dan apabila tertangkap dia dengan tenangnya keluar dan berjalan pergi.

nangtime.com - Tak Sampai 5 Minit Tinggalkan Kereta, Lelaki Terperanjat Melihat Seorang Perempuan Dalam Keretanya Duduk Tempat Pemandu

Kansuwan tidak dapat berkata apa-apa melihat kejadian yang aneh dan berbahaya itu. Untung anak-anaknya tidak diapa-apakan. Mereka mengingatkan bahawa wanita tersebut merupakan kawan ayah mereka.

nangtime.com - Tak Sampai 5 Minit Tinggalkan Kereta, Lelaki Terperanjat Melihat Seorang Perempuan Dalam Keretanya Duduk Tempat Pemandu

Bapa tersebut telah melaporkan keadaan tersebut ke pihak berkuasa dan maklumat terkini mnyatakan wanita tersebut telah diberkas dan di hantar ke pusat psikiatri kerana disyaki mengalami masalah mental.

Video tersebut kini mempunyai lebih 11,000 kongsian di Facebook dan 3,400 komen yang rata-ratanya ibu bapa yang merasakan mereka juga dengan senangnya boleh berada di tempat yamg sama dengan Kansuwan.

VIDEO:

Posted by Ampon Kansuwan on Sunday, 26 January 2020

Motif Kansuwan berkongsi saat cemas tersebut di laman media sosial tersebut adalah bagi memeberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berjaga-jaga dengan segala bahaya yang ada di luar sana.

 

Facebook Comments Box