Tak Sanggup Melihat Anak-anak Tidur Kelaparan

Satu keluarga di Melaka diuji dengan kesukaran mencari rezeki dalam memastikan keluarga dan anak-anak tidak kelaparan. Tak Sanggup Melihat Anak-anak Tidur Kelaparan

Suami, Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42 hilang pekerjaan sejak 6 bulan lalu sebagai pembantu dapur di sebuah medan selera dan disebabkan PKP, belum ada rezeki untuk diambil bekerja di tempat lain.

Lagi memilukan, mereka 5 sekeluarga terpaksa tinggal berhimpit di sebuah bilik kecil berkeluasan kira-kira 219 meter persegi yang disewa di Jalan Munshi Abdullah, Melaka. Dengan anak-anak yang semakin membesar, mereka mengakui bilik sewa itu adalah terlalu kecil dan tidak selesa buat mereka sekeluarga tapi terpaksa tinggal di situ kerana tiada pilihan lain.

Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk membayar wang deposit jika berpindah ke tempat lain.

“Ibu bapa mana tidak sedih melihat anak tertidur akibat menahan lapar kerana tiada apa yang hendak dimakan,” luah si ibu, Erala Ismail yang berusia 45 tahun.

Tak Sanggup Melihat Anak-anak Tidur Kelaparan

Kini pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya kepada si ibu yang bekerja sebagai pembantu jualan. Dulu suaminya berpendapatan RM35 sehari dan boleh membantu menyediakan makanan yang secukupnya buat mereka sekeluarga.

Oleh kerana sudah buntu cara untuk mencari dan menambah pendapatan dan tidak sanggup melihat anak-anak terus kelaparan, suami isteri ini mencuba nasib menggantungkan bendera putih di tingkap bilik sewa untuk mendapatkan bantuan.

“Saya serta suami memang tiada duit langsung, bukan kata RM10 malah RM2 pun tidak ada malah barangan makanan juga sudah habis dan gas yang tinggal cuma cukup untuk memasak air sahaja.

Tak Sanggup Melihat Anak-anak Tidur Kelaparan

Kesusahan hidup keluarga ini mendapat perhatian pihak yang prihatin dan akhirnya keluarga Erala menerima bantuan barangan makanan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong serta majikan tempatnya bekerja.

Pagi semalam, keluarga Erala menerima bantuan barangan makanan yang disampaikan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong serta majikan tempatnya bekerja.

UPDATE**: Perkembangan Terkini mengenai keluarga ini:

Tinggal Berhimpit Di Bilik Kecil, 5 Sekeluarga Diberi Rumah Dan Motosikal

Kredit: Harian Metro

 

 

Facebook Comments Box