‘Tak Sangka Berjodoh Dengan Anak Murid Sendiri” – Guru Wanita Kahwin Dengan Bekas Pelajar Yang Muda 10 Tahun.
Seorang guru wanita di Indonesia tidak menyangka dia bertemu jodoh dengan bekas pelajarnya sendiri yang muda 10 tahun daripadanya.
Muhrianti, 29, dari Kalimantan timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir, 19, pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.
“Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.
“Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok yang kemudian menjadi tular.
Dia berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas (SMA), namun hubungan itu hanya sekadar sebagai guru dan pelajar.
“Kami rapat apabila mengendalikan satu karnival di sekolah, dia murid saya di sekolah tetapi tidak begitu akrab.
“Bagaimanapun, ketika berada di akhir persekolahan, kami mulai mendekat,” katanya.Katanya, dia diberi tanggungjawab mengendalikan karnival itu manakala suaminya diminta seorang guru kaunseling untuk membantunya.
“Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan.
“Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” katanya.
Katanya, selepas Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.
“Awalnya biasa saja, belum timbul perasaan lagi, kami berbual dan berbalas mesej pun seperti biasa, bagaimanapun semakin hampir dengan peperiksaan SMA, kami jadi semakin dekat.
“Tapi kami tidak bercinta kerana masih menjaga hubungan sebagai seorang guru dan pelajar,” katanya.
Bagaimanapun, Abdul mengakui menyukai gurunya itu dan mahu melamarnya sebaik memperoleh pekerjaan.
“Selepas tamat pengajian di SMA, dia mula mencari kerja.
“Lulus, cari kerja tahun depan aku lamar ibu (Muhrianti) ya, ini antara ayatnya yang masih saya ingati,” katanya.
Katanya, apabila Abdul melamar dia membuat keputusan untuk menerima suaminya itu.
“Saya sedar, saya juga suka sama dia,” katanya.
S ementara itu, melalui Detiknews, Muhrianti mengakui membuat video itu untuk diberi kepada saudaranya.
“Terkejut saya video itu menjadi tular, mahu diberi kepada saudara, saya kemudian muatnaik di TikTok,” katanya yang juga seorang guru di Samboja.
Setelah berkahwin, keduanya kini tinggal bersama di Samboja, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur. – Harian Metro