Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan Rosak

Seterika merupakan peralatan elektrik di rumah yang sangat berguna untuk kita kelihatan sentiasa tampil kemas dan bersih. Menggunakan seterika sangat mudah, tetapi seringkali ada kes baju pakaian yang rosak disebabkan kecuaian.Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan Rosak

Satu perkongsian seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Sye menjadi tular gara-gara kisah dirinya yang lupa mematikan seterika hingga menyebabkan laptopnya habis rosak.

Ketika itu, wanita ini sedang menggunakan seterika untuk menggosok bajunya sambil berbual-bual dengan rakan-rakannya. Selepas selepas menyerika baju, dia pun meletakkan seterika itu secara mendatar di atas meja kecil yang dilitup kain.Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan Rosak

Kemudiannya, wanita ini pun keluar rumah bersama-sama dengan rakan-rakannya. Namun dia terlupa menutup suis seterika yang digunakannya tadi.

Lagi teruk wanita ini tidak perasan ada laptopnya yang diletakkan betul-betul dibawah seterika, cuma terlindung oleh kain.Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan Rosak

Sebaik sahaja dia balik ke rumah semula selepas keluar dengan rakan-rakannya, wanita ini terhidu bau hangit yang datang dari biliknya. Dia baru sedar suis seterika lupa ditutup ketika dia keluar tadi dan asap dilihat keluar di bawah seterika.

Lagi buat dia terperanjat ialah apabila mendapati ada laptopnya yang diletakkan disebalik kain di bawah seterika yang sudah berasap.Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan Rosak

Kesan seterika dapat dilihat jelas di atas laptop mliknya yang sudah rosak akibat seterika tersebut. Ketika laptopnya dibuka, dapat dilihat juga keyboard laptopnya habis hancur dan tertanggal sendiri.Tak Sengaja Letak Seterika Atas Laptop Dan Lupa Matikan Suis, Akibatnya Laptop Habis Berasap Dan RosakDalam perkongsiannya, wanita ini meluahkan kekesalannya kerana cuai dan terburu-buru keluar rumah tanpa memastikan suis seterika yang digunakannya sudah ditutup terlebih dahulu. Akibatnya, laptopnya jadi rosak.

VIDEO:

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menutup seterika atau apa-apa peralatan elektrik yang sudah digunakan sebelum keluar rumah atau membuat kerja lain. Wanita ini dikira masih bernasib baik kerana hanya laptopnya yang rosak, kalau bilik atau rumahnya terbakar pula?  Jaga-jaga ya!

Facebook Comments Box