Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis

Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis. Siapa sangka perkenalan singkat seorang wanita dengan anggota polis di laman Facebook berakhir dengan keputusan untuk mengikat tali pertunangan, sehari sebelum berpuasa.nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis

Menerusi platform TikTok, wanita yang dikenali sebagai Munge itu bersyukur akhirnya bertemu jodoh dengan ‘anggota’ selepas sering kali dikecewakan oleh lelaki yang membawa imej pakaian seragam.

“Pertemuan yang tak pernah dijangka, selepas aku beberapa kali ditipu dan ditinggalkan dengan lelaki yang beruniform,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi sembilan saat tersebut memaparkan model sambilan itu membetulkan uniform tunangnya, Zul Ezahar untuk sesi ‘photoshoot’ beserta bait-bait luahan perasaan.

nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis

“Perkenalan yang singkat hanya di Facebook, pertemuan yang tak sampai 30 minit di pusat beli belah, pertunangan yang tak dirancang sehari sebelum puasa.

“Berharap dia sentiasa menjadi pelangi dalam hidup aku,” kongsinya.

nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis

Video tersebut meraih hampir 500,000 tontonan serta komen netizen dimana rata-rata menyifatkan wanita itu sangat tabah kerana masih memilih lelaki beruniform walaupun pernah dikecewakan berkali-kali.

VIDEO:

Selain mendoakan hubungan mereka berdua berakhir di jinjang pelamin, ada juga segelintir individu berharap agar Munge bersabar dan memahami komitmen anggota pakaian seragam yang terikat dengan tugas. Antara komen-komen netizen:

Masih cari beruniform, tahan lasak ni

nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota PolisDah jodoh mereka, tahniah!

nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota PolisMemang ‘target’ nak beruniform tu…

nangtime.com - Tak Serik Kerapkali Kena Tinggal Lelaki Beruniform, Wanita Bersyukur Temu Jodoh Dengan Anggota Polis

Setiap individu ada citarasa masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Tak kisah beruniform atau tidak, yang penting dah bersedia dengan semua tanggungjawab. Apa-apapun semoga berbahagia buat pasangan pengantin ini.

Sumber: TikTok @munge_11, OMM

 

Facebook Comments Box