Sejak kecil lagi kita sudah diajar supaya membuang sampah ke dalam tong sampah atau tempat yang sepatutnya dan menjaga kebersihan walau dimanapun kita berada. Namun apabila meningkat dewasa, sedikit demi sedikit sesorang itu akan menjadi besar kepala dan bertindak mementingkan diri-sendiri apabila melibatkan penjagaan kebersihan.
Samalah seperti yang yang berlaku di salah sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Shah Alam sekitar jam 2 petang 30 November lalu.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Twiter yang menggunakan akaun @mbimuhammad telah memuat naik satu video pendek menunjukkan seorang wanita tanpa rasa bersalah membuang botol air di hadapan kenderaannya.
Ketika ditanya tentang kisah kejadian, Mbimuhammad memberitahu bahawa ketika itu dia sedang berteduh menunggu pesanan untuk menghantar barang dan secara tiba-tiba kenderaan itu datang untuk mengisi air.
“Sebelum saya record tu mmg dia dah campak dua botol. Botol pertama dia campak tu saya dah terkejut lah. Saya try bersangka baik lah mungkin dia nak letak kejap dkt bawah sebab dia nak isi banyak botol. Tapi, saya terfikir nak rakam kalau2 betul dia taknak kutip balik. Niat saya kalau dia kutip, takdelah saya nak post. Tapi sebaliknya dia terus nak masuk kereta.”
Akui terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menegur wanita tersebut dan tidak menyangka jawapan yang keluar daripada mulut wanita tersebut.
“Takpe lah, nanti ada orang kutip.”
Rata-rata netizen berang melihat video itu dan kecewa dengan sikap warga Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Dibawah ini adalah beberapa komen-komen netizen:
Kalaulah orang tahu betapa penatnya kerja cleaner..tolong jangan buang sampah merata
Tak susah pun kan nak buang sampah dekat dalam tong sampah? Kalau tak ada tong sampah berdekatan, simpan dulu dan nanti bila dah jumpa, baru la buang.
VIDEO:
Aku tak pandai nak tweet, nanti merapu. Kau tengok jelah sendiri sampai habis. pic.twitter.com/hfkDMDD4sU
— Kakaku (@mbimuhammad) November 29, 2020
Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tangungjawab kita bersama, jangan bersikap pentingkan diri dan meletakkan tanggungjawab kepada orang lain dengan sewenangnya. Kalau kebersihan terjaga, sudah pasti kehidupan bermasyarakat akan menjadi lebih baik dan ceria.
Kredit: HotFM