Takut Kantoi, Sembunyikan Motosikal Dalam Bilik Hotel Untuk Elak Ditangkap Khalwat

Taktik menyembunyikan motosikal dalam bilik hotel untuk mengelak dikesan pihak berkuasa tidak menjadi apabila empat pasangan dicekup berkhalwat dalam operasi malam tadi.nangtime.com - Takut Kantoi, Sembunyikan Motosikal Dalam Bilik Hotel Untuk Elak Ditangkap Khalwat

Rumah tumpangan yang terletak di Simpang Kuala itu kelihatan seperti lokap kerana dilengkapi jeriji besi dan 26 bilik tumpangan yang tersorok di kawasan perumahan.

Sekali imbas, tiada siapa menyewa di kawasan itu dan pintunya dikunci di bahagian luar, namun selepas diketuk untuk pemeriksaan, penyewanya akan membuka pintu jeriji besi sebelum membenarkan pemeriksaan dijalankan.

 

Alasan hendak sambut Merdeka dalam bilik tidak munasabah kerana kesemua mereka yang dicekup tidak mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata tujuh pasangan iaitu 15 individu dicekup berkhalwat dalam operasi Ambang Merdeka, malam tadi.

Beliau berkata, empat pasangan dicekup di sebuah hotel murah di Simpang Kuala.

Katanya, dalam serbuan di salah satu bilik itu terdapat dua lelaki dan seorang wanita berkurung dalam sebuah bilik.nangtime.com - Takut Kantoi, Sembunyikan Motosikal Dalam Bilik Hotel Untuk Elak Ditangkap Khalwat

“Kita menahan seramai sembilan orang yang mana dua dari bilik yang diperiksa di situ disewa dua pasangan kekasih manakala sebuah bilik lagi mempunyai tiga orang.

“Dalam operasi malam tadi, menahan enam lagi individu termasuk sepasang kekasih berusia 20-an manakala sebuah bilik lagi disewa empat remaja berusia 13 hingga 17 tahun,” katanya.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa hotel bajet di bandar raya ini di malam Ambang Merdeka, malam tadi.

“Remaja perempuan berusia 13 tahun itu memberi alasan mengikut kenalannya iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun yang baru dikenalinya sebelum menyewa di sebuah bilik bersama pasangan adik beradik lelaki berusia 17 tahun.

“Kesemua tujuh pasangan yang membabitkan 15 individu ditahan dalam operasi malam tadi akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya.

Radzi berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.- Sinar Harian

Facebook Comments Box