Tangan Penuh Tatu Macam Gangster, Ingatkan Nak Samun, Rupanya Mahu Tolong. Haih, nak menangis pula membaca perkongsian lelaki ini mengenai orang Malaysia saling bantu membantu apabila berada di tempat orang.
Tak nak intro panjang, baca terus please. Semoga perkongsian dari Muhammad Nur Fae Kasmadi ini bermanfaat untuk kita semua.
BILA masuk kerja di Singapura, baru nampak orang Malaysia tak kira Melayu, Cina atau India yang datang dari Malaysia dan bekerja di sana, bersatu.
Member masuk kerja di Singapura, masa nak balik tiba-tiba tersangkut di imigresen sebab ada saman ERP. Duit Singapore Dollar (SGD) dan Ringgit Malaysia (RM) memang tak ada pada masa itu sebab belum gaji lagi.
Datang seorang Cina dari Malaysia tolong bayar saman SG$20. Katanya, “Kita sama orang Malaysia juga, mesti kena tolong sama-sama”.
Member seorang lagi tersilap masuk parking kereta, kena bayar SG$3.7 tetapi dalam kad memang tak cukup. Tup-tup supervisor India itu datang dan tanya. Last sekali ayat yang sama juga dia bagi.
“Sama-sama Malaysia mesti kena tolong juga. Dulu saya pun macam ni juga.”
Aku pula, motosikal tiba-tiba down masa kat Kastam Singapura. Orang pertama berhenti di sebelah motosikal aku, Cina dan orangnya muda lagi. Tatu penuh di tangan, macam gangster. Dalam hati dok ingat nak kena samun dah sebab waktu malam. Rupanya dia nak tolong tolak. Tolak sampai rumah aku terus.
Memang kalau dah nama Malaysia, tak kira Melayu, Cina dan India, mesti akan tolong menolong di sana (Singapura).
Sepatutnya yang tiup api perkauman ini yang perlu dihantar balik agar perpaduan sesama kaum terus kekal di Malaysia.
Selamat Bulan Merdeka dari saya.
Muhammad Nur Fae Kasmadi
Bekas Guru