Telatah Monyet Gigih Tolong Bersihkan Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak

Biasanya kucing dan monyet sering bertengkar jika berjumpa antara satu sama lain. Seringkali dilihat di kawasan-kawasan perumahan atau kampung yang berdekatan dengan penempatan monyet, jika ada monyet yang datang, kucing-kucing akan menjergah mereka dan cuba menghalau monyet-monyet ini.Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.com

Walaubagaimanapun, bukan semua kucing dan monyet yang akan bergaduh jika berjumpa. Seperti juga anjing dan kucing yang dikatakan musuh tradisi, tapi tetap ada anjing dan kucing yang bersahabat baik. begitu juga dengan kucing dan monyret dalam satu video tular baru-baru ini.

Video itu dengan pantas menjadi tular kerana gelagat kedua-duanya yang amat melucukan sekali. Dalam video berkenaan, kucing dan monyet itu kelihatan bersahabat baik malah si monyet turut membantu si kucing untuk mencari dan membuang kutu yang ada di badannya.Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.com

Monyet itu kelihatan bersungguh-sungguh memeriksa dan mencari kutu di badan kucing itu sambil si kucing pula memberikan kerjasama sepenuhnya dengan berdiam diri agar memudahkan si monyet mencari kutu.

Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.com

Keadaan mereka tidak ubah macam sesi grooming dan entah berapa banyak kutu yang berjaya dicari oleh si monyet. Boleh la ringankan sikit kerja tuannya nak cari kutu di badan kucing tu, hihi.

VIDEO:

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat monyet dan kucing ini dan tidak menyangka kedua-duanya boleh bersahabat baik sampai begitu sekali.

Bagus kerja monyet tu bersihkan kutu

Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.com

Tak bergaduh pula mereka..
Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.com

Best friend forever..
Gelagat Monyet Gigih Mencari Kutu Di Badan Kucing Buat Netizen Tergelak - nangtime.comSemoga kucing dan monyet yang lain-lain juga boleh bersahabat baik seperti ini dan tidak bergaduh jika berjumpa.

Facebook Comments Box