Pada zaman sekarang semakin ramai orang yang suka mendengar lagu atau menonton movie atau drama kegemaran masing-masing melalui handphone atau tablet mereka.
Kebiasaannya dikalangan mereka ini, terdapat ramai yang suka menggunakan earphone atau headphone demi mendapatkan pendengaran yang berkualiti dan jelas supaya lebih berpuas hati selain tidak mahu mengganggu orang lain yang berdekatan.
Pada satu hari, seorang lelaki yang dikenali sebagai Olly Hurst menggunakan headphone miliknya tiba-tiba merasakan ada sesuatu di telinganya yang terasa geli semacam.
Dia yang merasa pelik dan geli pun segera menanggalkan headphonenya dan memeriksa jika ada yang tak kena. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada seekor labah-labah besar yang bersembunyi di sebalik pelindung headphone miliknya itu!
Labah-labah besar itu merupakan labah-labah pemburu (Huntsman) yang mempunyai gigitan yang agak menyakitkan kepada manusia jika terkena dan boleh menyebabkan bengkak, sakit kepala dan rasa mual.
Dia yang terkejut pada mulanya pun mengambil gambar dan video labah-labah berkenaan sebelum memuatnaik video tersebut ke akaun media sosial miliknya.
“Saya dapat merasakan macam ada sesuatu yang menggelikan di bahagian telinga. Labah-labah tersebut tidak mahu lari keluar dan seakan gembira berada di situ,” ujar Olly Hurst.
VIDEO:
Walaubagaimanapun, meskipun saiznya agak besar, labah-labah Huntsman ini biasanya tidak menggigit manusia dan jika ada yang tergigit biasanya adalah secara tidak sengaja contohnya jika diganggu kita.