Pemandangan bila berada di laut sememangnya indah dan amat menenangkan fikiran. Akan tetapi siapa sangka, lautan yang begitu luas menyimpan 1001 kisah misteri yang ramai masyarakat tidak tahu.
Bagi masyarakat yang tidak tahu apakah maksud “Misteri” , Kita kongsikan disini, Misteri bermaksud sesuatu benda atau pekara yang sukar untuk difahami.Misteri juga boleh merujuk kepada sesebuah genre mengenai sesuatu yang sukar untuk difahami dan menimbulkan rasa ingin tahu seperti fiksyen penyiasatan atau genre seram.
Ramai diantara kita yang percaya dengan keberadaan ‘unsur-unsur’ mistik sehinggakan terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Ada yang taksub dengannya dan ada pula yang menolak ‘kewujudannya’.
Namun perkongsian seorang netizen ini sedikit sebanyak membuka ruang kepada kita untuk berfikir bahawa di dunia ini bukan hanya dihuni oleh manusia, sebaliknya turut dihuni ‘benda lain’.
Lelaki ini menceritakan pengalaman seram dirinya yang bekerja di tengah lautan dalam selama 43 hari bersama krew-krew kapal yang lain. Pengalaman seram itu berlaku ketika mereka berada di kawasan silence zone atau juga dikenali sebagai mirror sea.
“43 hari berada di laut,antara tempat paling menakutkan pernah dilalui..
Kawasan tu agak pelik yang selalu orang cakap dari mulut ke mulut… Tiba2 macam terdengar suara perempuan memanggil nama..
Kawasan yang boleh di ertikan sebagai ‘silence zone’
Boleh dengar bunyi datang nya dari bawah laut, tiba2 kapal macam dilanggar sesuatu dan bunyi kedengaran di bawah laut.
Alunan yang sangat besar
Suasana agak huru hara
Masing-masing terkedu, tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Kebiasaannya orang kata kalau ‘benda’ itu jerung, mesti ada penemannya. Aku rasa ‘benda’ tu sedang tengok kapal kami ni..
Lepas dengar bunyi tu, terus kapal speeding high knot, lebih baik keluar dari kawasan Sea Mirror ni secepat mungkin, lagi cepat lagi baik..
VIDEO:
Sedang kau bergembira disana igtlah kami disini sedang bergelut degan perasaan dan fikiran. Hati rindukan orang yg tersayang. Doakan kami selamat apa jua pekara yang bakal kami hadapi. Takbir ! pic.twitter.com/vH7umkDqXI
— ???? ?? ?? (@AsyrafAD) June 1, 2019
Sememangnya kita manusia sangatlah kerdil di lautan yang luas terbentang, tidak mustahil ada banyak lagi makhluk-makhluk yang tidak kita kenali mendiami mana-mana kawasn atas laut di Bumi ini.
Kredit: @AsyrafAD