Temujanji Lelaki Ini Jadi Mimpi Ngeri, Pasangan Wanitanya Bawa Lebih 20 Orang Semasa ‘First Date’ Untuk Uji Kemurahan Hatinya

Memang sudah jadi kebiasaan buat kebanyakan pasangan kekasih mesti akan ada janji temu pertama. Bagi kebanyakkan orang, temu janji pertama merupakan saat paling mendebarkan, sesetengah lagi meninggalkan kenangan manis dan tak lupa juga yang mengalami pengalamat pahit.

nangtime.com - Temujanji Lelaki Ini Jadi Mimpi Ngeri, Pasangan Wanitanya Bawa Lebih 20 Orang Semasa ‘First Date’ Untuk Uji Kemurahan Hatinya
Gambar Hiasan

Tular baru-baru ini kisah seorang lelaki yang bertemu janji dengan seorang gadis dan temu janji pertama mereka menjadi mimpi ngeri buatnya. Mulanya lelaki berkenaan bersetuju untuk bertemu dengan wanita terbabit selepas diperkenalkan oleh ibunya.

Dipendekkan cerita, mereka kemudian membuat temujanji di sebuah restoran di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China. Ingatkan temujanji berkenaan adalah antara mereka berdua sahaja, tetapi alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila wanita berkenaan membawa kenalan dan saudaranya dalam jumlah yang terlalu ramai iaitu sebanyak lebih 20 orang!

Dikatakan wanita berkenaan mahu menguji kemurahan hati Liu dengan membawa kenalan dan saudara-maranya yang ramai dalam temu janji mereka.

nangtime.com - Temujanji Lelaki Ini Jadi Mimpi Ngeri, Pasangan Wanitanya Bawa Lebih 20 Orang Semasa ‘First Date’ Untuk Uji Kemurahan Hatinya
Gambar Hiasan

Lelaki yang dikenali sebagai Liu itu berasa kecewa dan membuat keputusan untuk meninggalkan makan malam mereka dengan awal namun dimaklumkan perlu membayar bil berjumlah 19,800 yuan atau lebih kurang RM12 Ribu.

Liu bagaimanapun terus meninggalkan restoran terbabit tanpa membayar bil berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa. Wanita berkenaan bagaimanapun menyedari kehilangan Liu dan akhirnya terpaksa membayar bila berkenaan selepas gagal mencari Liu yang sudahpiun menghilangkan diri.

Wanita tersebut kemudian menghubungi Liu dan Liu akhirnya bersetuju untuk membayar semula bil untuk dua meja sahaja manakala bakinya yang lebih kurang sebanyak RM9,500 perlu dibayar oleh wanita berkenaan.

nangtime.com - Temujanji Lelaki Ini Jadi Mimpi Ngeri, Pasangan Wanitanya Bawa Lebih 20 Orang Semasa ‘First Date’ Untuk Uji Kemurahan Hatinya

Kisah temu janji mereka menjadi tular dan ramai yang mempertikaikan tindakan wanita tersebut yang membawa ramai orang ketika temujanji dengan Liu. Tak kurang juga yang memberikan pendapat bahawa wanita berkenaan sepatutnya memberitahu Liu terlebih dahulu jika mahu membawa teman-teman yang lain.

Apa-apapun, jika mahu menguji kemurahan hati pasangan, janganlah berbuat seperti wanita ini sebab terlalu melampau, angkut sampai lebih 20 orang. Fuhh!

 

Facebook Comments Box