Pernahkah anda terfikir berapa ramai orang yang boleh dimuatkan dalam satu kereta yang punyai 5 tempat duduk? Afrika Selatan memegang rekod untuk teksi yang paling ramai penumpang yang dimuatkan dalam sejarah.
Senario yang mengejutkan ini telah menjadi topik hangat di media sosial dan mendesak pihak berkuasa tempatan untuk menjadi lebih tegas dalam memastikan keselamatan orang ramai.
Walau bagaimanapun dengan amaran berkali-kali dari pihak penguatkuasa lalu lintas untuk menghentikan amalan ini, banyak pemandu di Afrika Selatan masih berani melanggar undang-undang.
Pegawai Penguatkuasa yang bertugas telah melihat sebuah kereta yang mencurigakan dan meminta penumpang kereta tersebut untuk keluar. Kejutan pertama adalah terdapat 11 penumpang di bahagian tempat duduk belakang termasuk seorang wanita dan seorang anak dan lima orang lelaki dalam bahagian boot.
Persoalannya sekarang, bagaimana mereka berjaya menyembunyikan diri?
JP Smith, ahli jawatankuasa untuk bahagian keselamatan dan perkhidmatan sosial di Afrika Selatan telah menyifatkan kejadian seperti ini sebagai “benar-benar mengejutkan” dan tidak boleh diterima. Dalam sesi wawancara, beliau berkata:
“Walaupun saya memahami bahawa terdapat tekanan yang besar terhadap sistem pengangkutan awam dan bagaimana orang ramai bergantung kepadanya sebagai pengangkutan awam tetapi tidak ada alasan untuk tingkah laku ini.
VIDEO:
Kami masih lagi terfikir macam mana mereka masuk dalam kereta tu pada mulanya…
Kredit: Careta