Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ambil 30 Tahun Untuk Terbentuk

Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ini Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk. Kenyataan bahawa sebuah jambatan di Barat Sumatera, Indonesia terbina sepenuhnya daripada akar pokok memang mengagumkan dan merupakan khazanah dunia yang paling unik.nangtime.com - Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ini Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk

Penduduk tempatan menggelar jambatan tersebut sebagai “Jembatan Akar”. Jambatan sepanjang 30 meter yang terletak di Sungai Batang Bayang ini menghubungkan dua perkampungan kecil orang Indonesia. Kelihatan seperti akar itu terjalin secara semula jadi antara satu sama lain tetapi sebenarnya ditanam oleh seorang guru tempatan.

Pada tahun 1890, seorang guru bernama Pakih Sohan menyedari bahawa anak-anak muridnya akan lebih cepat sampai ke sekolah sekiranya mereka dapat menyeberangi sungai tersebut. Lantaran daripada itu, Cikgu Pakih meletakkan buluh sebagai jambatan.

nangtime.com - Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ini Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk

Kemudian, Cikgu Pakih menanam pokok beringin seperti yang dilihat pada hari ini. Apabila pokok beringin di kedua-dua sisi sungai itu mulai membesar, akar-akarnya mula terjuntai di dalam air lalu Cikgu Pakih melilitkan akar-akar pokok beringin tersebut sehingga membentuk jambatan.

Proses pembentukan jambatan akar tersebut mengambil masa selama 26 tahun sebelum benar-benar cukup kuat untuk digunakan oleh orang ramai. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akar pokok tersebut tumbuh semakin kuat dan panjang.

nangtime.com - Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ini Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk

Kini, kabel logam dan papan diletakkan sebagai penyokong tambahan jambatan akar tersebut. Jambatan tersebut terus digunakan oleh penduduk tempatan sebagai jalan penghubung. Selain itu, pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan jambatan akar tersebut yang semakin terkenal itu.

nangtime.com - Terbentuk Daripada Akar Pokok Beringin, Jambatan Semulajadi Dunia Paling Unik Ini Ambil Masa 30 Tahun Untuk Terbentuk

Walaupun Cikgu Pakih sudah tiada untuk menyaksikan sendiri bagaimana jambatan akar tersebut membesar, namun niat murninya yang mahu anak-anak muridnya dahulu merentasi sungai dengan selamat telah membuahkan hasil dan mendatangkan manfaat kepada ramai orang.

Video:

Rata-rata netizen jugga kagum dengan kecantikan jambatan semula jadi ini:

Aisa Vaperz: Ini lah org kata pahala sentiasa mengalir walaupon dah meningg@l 

Aqeq Gawa: Sangat sangat semulajadi ,mungkin the only one …..

Man Zaman: Cantiknya..!! Boleh bagi kat mizium.

Marinah Ina Sandi Bauk: Alhamdullillah.cantek dan yunit sagat..

p/s: Memang cantik dan unik sungguh jambatan ini.

Facebook Comments Box