Seorang lelaki mengalami kejadian yang tidak diduga apabila tercekik ikan hidup! Kejadian berlaku di Kaherah, Mesir, lelaki berusia 48 tahun yang merupakan seorang nelayan mengalami keadaan sukar bernafas selepas tercekik.
Menurut sumber, ada dua versi punca kejadian yang dilapor petugas hospital iaitu pertama, pesakit memegang ikan di mulut dan ia tercicir hingga ke kerongkong manakala versi kedua ialah nelayan itu cuba mengeluarkan ikan daripada jaring menggunakan mulutnya sebelum ia melompat.
Lelaki tersebut dikejarkan ke Hospital Pakar Beni Suef dengan ambulans selepas mengalami keadaan sukar untuk bernafas.
Doktor di hospital yang memberikan rawatan kepadanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan ikan dari dalam mulutnya. Namun apa yang lebih mengejutkan mereka adalah ikan yang masuk ke dalam mulutnya masih lagi hidup dan bergerak-gerak.
Menurut Timbalan Pakar Pembedahan Plastik, Dr Michael Ibrahim, pihaknya melakukan endoskopi terlebih dahulu ke atas pesakit dan mendapati saluran pernafasannya lelaki itu tersekat. Mereka kemudiannya berjaya mengeluarkan ikan itu yang tersekat di salur pernafasan atas.
Lelaki berkenaan diletakkan di unit rawatan rapi untuk dipantau dan keadaannya sudah menjadi semakin pulih.