Terima Panggilan Panik Ular Menceroboh Masuk Rumah, Anggota Bomba Bergegas Ke Lokasi Namun Terkesima Apabila Sampai Rumah

Terima Panggilan Panik Ada Ular Dalam Rumah, Anggota Bomba Yang Bergegas ke Lokasi Kemudiannya Terkesima Dengan Dengan Penemuan Mereka. Respek kepada Jabatan Bomba Malaysia. Kenapa kita kena respek? Sebab apa jua panggilan mereka akan jawab dan akan bertindak. Tidak kira apa situasi sekali pun.Terima Panggilan Panik Ular Menceroboh Masuk Rumah, Anggota Bomba Bergegas Ke Lokasi Namun Terkesima Apabila Sampai Rumah - nangtime.com

Pernah anda dengar Bomba menolak aduan dari rakyat? Tidak pernah sekali pun. Kucing sangkut atas pokok pun bomba datang. lebih-lebih lagi waktu jerebu melanda negara, anggota bomba inilah yang bertungkus lumus memadam kebakaran di titik-titik panas dalam negara.

Ada aduan yang tidak ada kena mengena pun dengan Bomba tapi mereka tetap ambil dan selesaikan masalah tersebut.

Sangkakan Ular, Namun Rupa Rupanya ..
PANIK cacing disangka ular menyebabkan pemilik rumah segera menghubungi bomba bagi menangkap reptilia berkenaan dalam kejadian di Saujana Utama, Sungai Buloh.Terima Panggilan Panik Ular Menceroboh Masuk Rumah, Anggota Bomba Bergegas Ke Lokasi Namun Terkesima Apabila Sampai Rumah - nangtime.com

Dalam kejadian 9.11 malam itu, pihak bomba dari Pasukan Bomba Sukarela dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, satu jentera bomba sukarela dengan tiga anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setiba di lokasi kejadian, haiwan yang disangka ular itu adalah cacing sepanjang 13 sentimeter sudah ditangkap pemilik rumah.”Terima Panggilan Panik Ular Menceroboh Masuk Rumah, Anggota Bomba Bergegas Ke Lokasi Namun Terkesima Apabila Sampai Rumah - nangtime.com

 

“Pihak bomba kemudian mengambil cacing itu dan membuang di lokasi berhampiran,” katanya menambah operasi selesai kira-kira 10 minit kemudian.

“Panggilan itu hanya salah faham dan haiwan yang disangka ular itu adalah cacing gelang yang berwarna hitam.Terima Panggilan Panik Ular Menceroboh Masuk Rumah, Anggota Bomba Bergegas Ke Lokasi Namun Terkesima Apabila Sampai Rumah - nangtime.com

 

“Pihak bomba akan terus memberi respon terhadap semua panggilan kecemasan yang dibuat,” katanya.

Notakaki: Nampak, kerana cacing pun bomba datang. Adoi .. Nak gelak pun ada, macam mana la tak boleh beza kan ular dengan cacing. Jangan cepat sangat nak panik lain kali ye..

Sumber: HMETRO ONLINE

Facebook Comments Box