Ternampak Lelaki Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Meredah Sungai Untuk Menyelamatkannya

Seekor anak gajah telah melihat seorang lelaki yang kelihatan lemas di sungai, tanpa berfikir panjang, anak gajah itu kemudiannya terus meluru kearah lelaki tersebut dan mahu menyelamatkannya dengan sedaya upaya.Ternampak Lelaki Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Meredah Sungai Untuk Menyelamatkannya

Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick. 

Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.Ternampak Lelaki Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Meredah Sungai Untuk Menyelamatkannya - nangtime.com

Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.

Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.Ternampak Lelaki Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Meredah Sungai Untuk Menyelamatkannya - nangtime.com

Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Lihat video di bawah artikel ini.

Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan. Di usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.Ternampak Lelaki Lemas Di Sungai, Anak Gajah Meluru Meredah Sungai Untuk Menyelamatkannya - nangtime.com

Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick. Tengoklah video anak gajah ini selamatkan lelaki lemas (Darrick) yang sungguh mengharukan.

Facebook Comments Box