Walaupun ramai orang yang tidak suka dengan tol jalan, tetapi sebagai pengguna jalan raya, kita tetap perlu membayar tol yang mana hasilnya nanti akan digunakan untuk menyelenggara dan membaiki pulih jalan.
Biasanya kesemua kereta perlu membayar tol ketika mahu melintas plaza tol, tetapi kadangkala ada orang yang bermain ‘kotor’ dengan sengaja tidak mahu membayar. Antara cara yang ‘kotor’ yang sering digunakan oleh orang adalah dengan ‘mencucuk’ kereta di hadapan.
Seperti yang berlaku dalam satu video yang tular yang dikongsikan oleh seorang netizen yang dikenali sebagai Zulfadhli Sabri baru-baru ini. Dalam video tersebut, sebuah kereta honda dilihat cuba untuk mengelak membayar tol di sebuah pondok tol di plaza tol.
Pemandu kereta Honda tersebut cuba memecut sebaik sahaja kereta di hadapannya sudah membayar tol dan mahu bergerak. Mungkin sebelum ini dia sudah pernah melakukannya, tetapi malangnya kali ini tidak berjaya.
Walaubagaimanapun dia bernasib baik kerana sempat mengundurkan kereta sebelum palang diturunkan.
Rupa-rupanya kereta tersebut kemungkinan ‘dikenakan’ oleh pemandu di hadapannya yang memperlahankan atau memberhentikan keretanya hingga kereta Honda dibelakangnya tidak cukup ruang untuk melepasi palang tol.
Kesemua tindakan kereta Honda tersebut disedari oleh pemandu kereta di hadapannya, malah dalam video berkenaan, kedengaran suara ketawa pemandu tersebut yang tergelak apabila menyaksikan kereta Honda dibelakangnya berundur semula ke belakang palang tol.
Rata-rata netizen yang menonton video yang ditularkan itu tergelak dan berpuas hati menyaksikan kereta Honda itu gagal melepasi palang tol tanpa membayar dulu.
VIDEO:
Seeloknya, sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, sentiasalah berhati-hati ketika memandu dan tolong bayar tol jika mahu melepasinya seperti pemandu-pemandu lain.