Pada zaman sekarang, sudah terlalu banyak jenama model-model kereta yang boleh kita beli dam miliki dengan syarat kewangan kita mengizinkan. Biasanya kalau mahukan kereta kita lain dari yang lain, kita perlu membeli model kereta yang mahal-mahal dimana tidak ramai orang orang menggunakannya.
Tapi bukan semua orang yang berduit dan mampu beli kereta mahal-mahal. Oleh itu, di negara kita biasanya di jalanraya akan senitasa dipenuhi dengan kereta berjenama Proton, Perodua, Toyota Dan Honda yang merupakan pilihan mudah dan popular bagi kebanyakan rakyat.
Jadi sudah pasti akan ada model kereta yang sama, warna sama yang dibeli oleh ramai orang lain dan mungkin hanya nombor plat sahaja yang membezakannya. Oleh itu, kadang-kadang akan ada kes tersilap kereta seperti yang berlaku kepada wanita ini.
Satu video tular memaparkan seorang wanita yang mengalami saat-saat yang agak sedikit memalukan apabila tersalah nak masuk kereta.
Dalam video tersebut, dia melangkah dengan kearah sebuah kereta berwarna biru yang disangkakan milik rakannya.
Namun kemudian apabila dia cuba membukanya, dia ternampak seorang wanita sedang mendukung baby.. baru dia sedar tersalah kereta! Lepas sedar tersalah kereta, dia terus berlari menahan malu. Adoii!
Gelagat gadis itu sempat dirakamkan oleh rakannya yang berada dalam kereta ketika menunggunya.
Sebelum itu dia dilihat sempat meminta maaf kepada wanita yang berada di dalam kereta itu sebelum lari ke arah kereta rakannya. Anda boleh tengok sendiri video yang dirakam oleh rakannya di bawah ini.
VIDEO:
Rata-rata netizen berdekah melihat gelagat gadis itu dan tak kurang juga berkongsikan pernah mengalami pengalaman serupa.
Adeh, lain kali hati-hati dan ingat no.plat kereta rakan, haha.