Tertidur Dalam Pesawat, Wanita Terkejut Menyedari Dirinya Tersilap Naik Pesawat Sehingga Beribu Kilometer Dari Lokasi Asal

London: Seorang wanita terkejut apabila menyedari dia menaiki pesawat yang salah sebaik sedar daripada tidur. Gemma Cargin, 25, yang bekerja sebagai guru di Manchester dan sering pulang melawat keluarganya di Banbridge, Country Down, Ireland Utara.Tertidur Dalam Pesawat, Wanita Terkejut Menyedari Dirinya Tersilap Naik Pesawat Sehingga Beribu Kilometer Dari Lokasi Asal

Dia berlepas dari Lapangan Terbang Manchester pada Ahad dan penerbangan ke Belfast kebiasaannya mengambil masa 40 minit.

Namun, sebaik bangun dari tidur, Gemma menyedari dia sudah melakukan kesilapan besar apabila seorang penumpang memaklumkan mereka mereka akan mendarat dalam tempoh satu jam 15 minit.

“Mereka memaklumkan pesawat akan menuju ke Gibraltar. Saya memaklumkan silap menaiki pesawat kepada lelaki itu,” katanya kepada BBC.

Tertidur Dalam Pesawat, Wanita Terkejut Menyedari Dirinya Tersilap Naik Pesawat Sehingga Beribu Kilometer Dari Lokasi AsalGemma berkata, dia bimbangkan ibu bapanya yang menanti di lapangan terbang dan tidak mengetahui di mana lokasinya.

Katanya, paparan skrin di ruang berlepas tidak berfungsi menyebabkan dia tidak sedar silap menaiki pesawat.

Walaupun tiket penerbangan sudah disemak kakitangan lapangan terbang, namun tiada siapa sedar dia sudah terbang 3,855 kilometer dari lokasi asalnya.

Tertidur Dalam Pesawat, Wanita Terkejut Menyedari Dirinya Tersilap Naik Pesawat Sehingga Beribu Kilometer Dari Lokasi Asal

Dia bagaimanapun berjaya menggunakan telefon ketika penerbangan dan memaklumkan kejadian kepada ibunya.

Gemma bagaimanapun bernasib baik kepada pesawat itu terbang semula ke Manchester dan dia tidak perlu menjalani kuarantin kerana tidak keluar jauh dari pesawat.

Kru kabin membenarkan Gemma keluar berhampiran pesawat untuk merakam gambar berlatarkan gunung batu Gibraltar.

Tertidur Dalam Pesawat, Wanita Terkejut Menyedari Dirinya Tersilap Naik Pesawat Sehingga Beribu Kilometer Dari Lokasi Asal

Dia kemudiannya terbang semula ke Belfast sejauh 270 kilometer dari Manchester selepas penerbangan ditunda selama empat jam. Penerbangan yang sepatutnya kurang dari sejam berkesudahan selama 12 jam.

Sumber: Harian Metro 

Facebook Comments Box