Seorang lelaki nekad berjalan kaki dari Selayang ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke kampung halamannya di Sarawak. Di Facebook, Kuan Chee Heng berkongsi kisah tersebut selepas kakak lelaki itu memohon bantuannya menerusi Whatsapp.
Adik saya terkandas
Sumpah anak jati Sarawak. Berjalan kaki dari Selayang ke KLIA. Dahsyat. 2 jam masih di jalan Kuching. Setelah penat berjalan, call saya untuk bantuan. Anak Sarawak, You are simply awesome. Nak balik ke Sarawak dan flight pukul 5 petang ini. Tiket sudah beli. Family belikan. Nak pergi airport, duit tak ada. Kami terus pergi bantu. Jumpa di Jalan Kuching. Poket langsung tak ada wang. Kita beri RM 200 untuk buat tambang makan dalam perjalananan.
Anak Sarawak yang berjalan kaki dari Selayang ke KLIA 2 ditahan oleh kami di Jalan Kuching sejurus setelah kami dapat info. Flight dia 5.00 pm. Kalau ikut google map dia akan ambil 16 jam untuk tiba di KLIA dan pasti akan terlepas flight dia. Niat jalan kaki ke airport kerana poket tak ada wang langsung. Kilang kerja sudah tutup 3 bulan dan belum buka lagi. Kami stop dia di Jalan Kuching dan bawa ke KLIA melalui van kami.
Menurut Uncle Kuan, dia menerima Whatsapp dari seorang wanita yang memaklumkan mengenai adiknya yang terkandas di Selayang. Tambahnya, lelaki tersebut tidak mempunyai wang dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke KLIA. Risau akan keadaan tersebut, keluarganya meminta bantuan Uncle Kuan. Susulan daripada itu, Uncle Kuan dan pasukannya berjaya menjejaki lelaki tersebut di Jalan Kuching dan menawarkan bantuan.
Sudah sampai rumah
Terbaru, Uncle Kuan memberitahu lelaki tersebut telah selamat tiba di Sarawak. Lelaki itu turut menghantar Whatsapp kepadanya dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi bantuan tatkala dia berada di dalam kesusahan.
Sumber: Kuan Chee Heng