Tiada Duit Nak Bawa Orang Tuanya Melancong, Lelaki Edit Gambar Ibunya Pusing Seluruh Dunia. Seorang anak lelaki yang berasal dari Thailand telah mengedit gambar ibunya seakan-akan sedang berkunjung di beberapa tempat percutian yang popular di seluruh dunia.
Chub Nokkaew telah menggunakan aplikasi Photoshop untuk membuat ibunya yang bernama Nam Lom berada di sembilan tempat percutian yang menarik di seluruh dunia.
Tindakan anak lelaki itu telah memberi mesej kepada seluruh anak di seluruh dunia untuk sentiasa menghiburkan ibu anda.
Kadang-kadang untuk menghiburkan seseorang ibu, tidak semestinya memerlukan wang ringgit yang banyak. Tetapi hanya menerusi dengan mengedit sekeping gambar mampu memberi kenangan yang berharga buat ibu.
Bagi Chub pula, beliau berasa menyesal dengan kesibukan kerja yang menyukarkan beliau membawa ibunya bercuti. Ditambahkan pula dengan kesukaran ibunya berjalan, melihat dan mendengar menyebabkan lebih sukar buat mereka bercuti ke mana-mana.
Chub berkata “saya berharap saya dapat memutar waktu dan mengubah semuanya dan boleh membawa ibu saya melihat tempat-tempat indah di seluruh dunia. Saya berharap orang lain yang melihat hasil edit gambar itu dapat membawa ibu mereka ke tempat-tempat yang menarik.
Berikut, terdapat 8 gambar edit ibunya telah mengelilingi dunia.
1. Menara Eiffel di Paris, Prancis.
2. Bercuti ke Benua Afrika
3. Melintas jalan di Tokyo, Jepun
4. Chub dan ibunya
5. Taman penguin di Jepun
6. Venezia, Itali
7. Bromo, Indonesia
8. Ini di mana ya?
Semoga ianya mampu memberi inspirasi kepada anda untuk membawa ibu anda bercuti, sebelum semuanya terlambat seperti yang dialami Chub. Inilah Mesej mulia yang cuba disampaikan oleh Chub kepada seluruh anak-anak di dunia ini.