Tiga Bulan Tak Bayar Sewa Bilik, Penyewa Biadap Mengunci Tuan Rumah Dari Luar

Apabila anda menjadi pemilik rumah dan mendapat penyewa yang bagus, anda mesti bersyukur jika mendapat penyewa yang baik, tidak buat benda salah, bayar ikut masa ditetapkan.nangtime.com - Tiga Bulan Tak Bayar Sewa Bilik, Penyewa Biadap Mengunci Tuan Rumah Dari Luar

Sejak kebelakangan ini ada sahaja isu penyewa yang membuat onar seperti mengotorkan rumah dan ada juga yang tidak membayar sewa.

Namun, kisah tular ini sememangnya membuatkan ramai geram. Mana tidaknya, sudahlah si penyewa sudah tiga bulan gagal membayar sewa, dikuncinya pula tuan rumah.

Menerusi satu perkongsian video TikTok yang dikongsikan Kamil Hakimi, dia berkongsikan mengenai seorang wanita yang dianiya penyewa rumahnya.

Wanita yang mengakui dirinya sebagai pemilik rumah itu memberitahu penyewa berkenaan sudah 3 bulan tidak membayar sewa.

nangtime.com - Tiga Bulan Tak Bayar Sewa Bilik, Penyewa Biadap Mengunci Tuan Rumah Dari Luar

Namun masih tinggal bersamanya di dalam rumah tersebut kerana menyewa salah satu bilik. Disebabkan itu, pemilik berkata dia terpaksa menukar mangga pintu yang baru sebagai amaran.

Bagaimanapun, ketika pemilik pulang dari kerja dan memasuki rumah, mangga kunci telah di tukar dan kemungkinan berlaku pada waktu malam ketika penghuni sedang tidur.

Berikutan itu, pemilik rumah telah terkurung sehingga terpaksa menghubungi bomba untuk memecahkan mangga berkenaan.

VIDEO:

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bersimpati dengan nasib pemilik berkenaan serta geram dengan sikap biadap penyewa sedangkan dia yang tidak membayar sewa.

Antara komen-komen netizen:

nangtime.com - Tiga Bulan Tak Bayar Sewa Bilik, Penyewa Biadap Mengunci Tuan Rumah Dari Luar nangtime.com - Tiga Bulan Tak Bayar Sewa Bilik, Penyewa Biadap Mengunci Tuan Rumah Dari Luar

Kredit: Gulapop

Facebook Comments Box