Tinggal Berhimpit Di Bilik Kecil, 5 Sekeluarga Diberi Rumah Dan Motosikal

Perkembangan terkini mengenai 5 sekeluarga yang tinggal di bilik sempit berkeluasan kira-kira 219 meter persegi yang disewa di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.5 Sekeluarga Tinggal Berhimpit Di Bilik Kecil Diberi Rumah Tempat Tinggal Dan Motosikal

Sebelum ini tular mengenai keluarga ini yang mengahdapi masalah kewangan yang teruk, apabila si suami hilang pekerjaan sebagai pembantu dapur di medan selera sejak 6 bulan dan terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai pembantu jualan.

Si ibu yang dikenali sebagai Erala Ismail meluahkan sebelum ini yang dia dan suami hanya mampu melihat anak-anak tidur kelaparan dan buntu nak beri makan apa disebabkan tiada wang.

Kesusahan hidup keluarga ini mendapat perhatian pihak prihatin dan terbaru mengikut laporan Harian Metro, keluarga ini telahpun diberikan sebuah rumah.

Menurut si suami Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, perasaanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila diberi perkhabaran mereka sekeluarga diberikan rumah untuk tinggal iaitu di Rumah Pangsa Kampung Padang.

5 Sekeluarga Tinggal Berhimpit Di Bilik Kecil Diberi Rumah Tempat Tinggal Dan Motosikal

“Gembira, sedih, terharu semua ada tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketika itu apatah lagi apabila melihat wajah anak-anak.

“Apa yang penting anak-anak selesa, selama ini mereka hidup terkurung dan untuk keluar ke tandas pun takut kerana perlu berkongsi”

5 sekeluarga ini dimaklumkan tingga di rumah itu secara percuma dan sewa bulanan akan dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Terima kasih buat semua yang sudi membantu dan menghulurkan sumbangan termasuk kerajaan negeri yang memberi rumah untuk saya diami bersama keluarga.

Selain itu, menurut si bapa, sebuah motosikal juga turut diberikan kepada mereka untuk memudahkan kerja seharian. Dia juga turut meluahkan rasa gembira apabila anak perempuan bongsunya yang berusia 10 tahun dan sebelum ini tidak bersekolah akan ditempatkan di sebuah pusat tahfiz.

Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz juga memaklumkan dia akan berusaha untuk mencari kerja secepat mungkin demi menyara keluarganya.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box