“Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Jika diberikan pilihan sudah pasti hampir semua orang akan memilih pasangan yang mempunyai wajah yang elok,cantik dan bersih berbanding mereka yang sebaliknya. Buktinya, jika dilihat di serata laman sosial, wajah-wajah cantik pasti meraih banyak perhatian, pujian serta komen-komen murni daripada warganet.nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku jika seseorang itu dianggap tidak mempunyai ‘rupa’, maka adalah segelintir individu yang sibuk mahu mengecam empunya diri.

Sebenarnya, rupa paras bukanlah pengukur sesebuah kebahagian dalam perhubungan, namun apa yang penting adalah keikhlasan hati masing-masing.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya di aplikasi TikTok dengan memuat naik video pendek menunjukkan wajahnya yang dipenuhi jerawat.

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Menerusi video berkenaan, dia membuka cerita memberitahu pengikutnya bahawa dia pernah ditinggalkan dipercayai kekasihnya hanya kerana wajahnya yang tidak ‘bersih’.

“Tinggal aku sebab jijik dengan muka aku. Orang tak nak, lagi aku tak ingin. Terima kasih kutuk dan buang aku,” luahnya.

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh JerawatNamun begitu, gadis itu menguatkan diri dan mengucapkan terima kasih kepada ‘individu’ yang menganggap wajahnya ‘jijik serta mengutuk dirinya. Baginya, kalau orang itu sudah tidak mahu padanya, dia pun tidak ingin mendekati orang itu.

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan memuji gadis itu kerana mereka menganggap wajahnya masih cantik walaupun berjerawat. ‘Natural beauty’ gitu!

Ada jerawat pun cantik

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Awak masih cantik! Dari situ nampak dah keikhlasan dia..

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Ada jerawat pun cantik.

nangtime.com - “Tinggal Sebab Jijik Tengok Muka Aku..”Kena Tinggal Kekasih Kerana Muka Penuh Jerawat

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada gadis itu sudah pulih dari masalah jerawat atau tidak. Apa pun, barang yang lepas jangan dikenang, terus kuatkan semangat dan semoga cepat sembuh sis!

Semoga gadis ini dan juga anda di luar sana yang mengalami masalah jerawat agar tidak berputus asa dalam mengatasi masalah jerawat hingga pulih.

Sumber:  @elyanaaa57 , OMM

Facebook Comments Box