Gelagat anak-anak memang mampu menghiburkan dan hilang dari tekanan penat bekerja seharian. Manakan tidak dengan sifat agak naif dan ingin mencuba semua perkara, kadang-kadang apa yang dilakukan memang mencuit hati.
Ini yang dilakukan seorang kanak-kanak bernama Sofia, 4 tahun. Wajahnya bertukar menjadi merah sepenuhnya selepas ditinggalkan ibunya dalam masa yang sangat singkat.
Menurut ibunya, Victoria Kidner, 33, dia hanya meninggalkan anaknya itu selama 10 minit untuk ke dapur. Dia tinggalkan Sofea di atas sofa yang sedang menonton rancangan kanak-kanak di tablet.
Pada ketika itu dia tidak mendengar sebarang bunyi Sofia merengek dan dia menganggap mungkin anaknya itu sedang khusyuk menonton tablet itu.
Ha…orang dulu-dulu ada cakap kalau jangan ‘percaya’ sangat kalau anak-anak kecil senyap sahaja bila ditinggalkan berseorangan. Mesti ada projek yang mereka tengah buat.
Memang betul! Selepas 10 minit Sofia datang padanya di dapur dan Victoria dapati muka anaknya itu sudah menjadi merah jambu.
Rupa-rupanya Sofia naik ke ruang atas rumah dan ambil beg makeup ibunya dan bermain dengan gincu. Semuanya terjadi hanya dalam 10 minit!
Hebat betul ‘kerja’ anak kecil ini!
Melihatkan keadaan anaknya itu, Victoria berlari ke atas untuk lihat mungkin Sofia menconteng dinding atau pun lantai dengan gincu tersebut. Namun tiada sebarang kesan di temui.
Biarpun muka anaknya menjadi merah jambu sepenuhnya, Victoria tidak marah padanya. Malah dia tertawa melihat muka anaknya itu.
Katanya, biarpun kejadian itu terjadi beberapa hari lalu namun sisa warna gincu itu masih kekal pada wajah anaknya.
Sumber: HCL