Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

Seorang ibu menceritakan detik cemas yang dihadapinya apabila anak kecilnya yang yang berusia setahun lemas dalam sebuah baldi. Selepas membawa anaknya jalan-jalan sekitar rumah untuk bermain, si ibu kemudiannya bawa mereka masuk rumah dalam pukul 7 petang.Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

Ketika itu pintu toilet terbuka dan ketika si ibu nak tutup pintu rumah terlebih dahulu, suaminya balik ke rumah dan bertanya dia mana anak. Si ibu memberitahu anak berada di toilet dan kemudian bergegas ke toilet dan mendapati anak mereka dah tertonggeng dalam baldi berisi air! Kesemuanya berlaku dalam masa seminit sahaja!

Jom baca kisah perkongian daripada wanita ini:

Peristiwa hitam dalam hidup aku.

11 June 2021 -Jumaat

Aku macam biasa petang-petang bawak anak jalan-jalan bawah main dengan anak jiran. Then dah pukul 7 aku naik dan aku nak mandikan diaorang. Pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali tapi nak jadikan cerita aku nak tutup pintu rumah then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana then aku cakap dalam toilet. Sekelip mata seminit pun tak sampai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air. Anak aku adinda setahun sebulan.Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

BUAT CPR, ANAK TERUS MUNTAH DAN BERNAFAS
Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit sambil aku panggil aku terus angkat anak aku. Anak aku dah lembik wey. Laki aku goncang-goncang dia bagi sedar. Aku memang panik tapi aku terus buat CPR dekat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr. (*korang mak ayah kena tahu apa patut buat time tu.

Ambil tahu macam mana nak CPR, macam mana nak buat kalau anak jadi macam aku. Penting sangat. Jangan terus pergi hospital, pastikan dia muntah keluar air dari badan dia dulu. Aku sebab Allah detikan akal aku untuk buat tu. Allahuakbar*)

Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu…weyh dia dah nafasssss! aku tetap buat bnde sama dan tepuk-tepuk belakang dia lepas tu terus pergi hospital.

Asalkan dia dah bernafas tapi kalau kitaorang tak buat CPR dan terus pergi je hospital mungkin anak aku dah tak ada tapi Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya. Aku bersyukur ya Allah. Amanah ini diberi peluang kedua.

Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK PEMERIKSAAN DAN RAWATAN LANJUT

12 JUNE 2021 – Sabtu

Buat swab test sebab kena masuk wad. Pukul 12 malam buat swab. Yang powernya dinda mungkin dia lemah kan buat swab tu dia tak bunyi pon gosok-gosok hidung je weyh. Aku risau dia melalak sebab sakit jugak weyh.Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam Baldi

So dapat result pukul 2.30 pagi. Aku cangkung je weyh sebelah dia dari 7.45mlm. Sampai hospital tu badan aku sakit giler sebab benda mengejut. 3.00 pagi masuk wad. Alhamdulillah lega aku selesa dah dinda nk rehat.Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam BaldiSampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata aku teringat anak aku masa kejadian itu. korang semua please alert dan jangan panik. Buat apa yang sepatutnya. Awasi anak-anak supaya benda buruk ni tak berlaku dekat korang. Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif.

13 june 2021- Ahad

Sebelum keluar wad adinda sempat ziarah semua bilik. Merayap sambil sengih-sengih. Aku pon layankan sahaja. Tenghari tu kami berdua keluar wad sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman adinda mikayla. Alhamdulillah.Tinggalkan Tak Sampai Seminit Untuk Tutup Pintu, Wanita Terkejut Mendapati Kepala Anak Dah Tertonggeng Dalam BaldiSyukur anak kecil ini tiada apa-apa dan selamat dan mujur juga  ibu bapanya tidak panik dan pandai buat rawatan CPR. Semoga kisah perkongsian daripada ibu ini boleh dijadikkan pengajaran buat kita agar jangan tinggalkan anak-anak kecil dalam toilet/bilik air tanpa pengawasan walaupun sekejap, lebih-lebih lagi jika ada gunakan baldi atau bekas berisi air di rumah. Dan elok juga jika kita belajar sedikit sebanyak cara buat CPR seperti wanita ini.

Kredit: (Dyla Adnan) Kelab Ikhtiar Hamil

Facebook Comments Box