“Tolong Hantar Aku Ke Hospital, Aku Nak Bersalin” – Lelaki Didatangi Wanita Nak Bersalin Minta Tolong Hantar ke Hospital. Setiap ibu-ibu yang pernah hamil dan melahirkan anak sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri semasa ingin bersalin.
Isteri nak beranak, bos tak angkat call
Perkara tersebut telah dikongsi oleh seorang lelaki apabila telah membantu sepasang suami isteri warga asing yang kalut untuk mencari bantuan bagi membawa sang ibu ke hospital.
Pengguna Facebook dikenali sebagai Zuan Alias memberitahu bahawa dia berhenti seketika di stesen minyak sebelum pergi bersenam kira-kira jam 7 pagi.
Ketika itu, dia terlihat pasangan suami isteri dalam keadaan resah dan tiba-tiba wanita tersebut datang kearahnya meminta bantuan untuk ke hospital kerana ingin bersalin.
Bersalin dalam kereta
Sampai sahaja di hospital, wanita tersebut tidak dapat bangun dari tempat duduk belakang kerana kepala bayi sudah keluar. Mereka bernasib baik kerana ada jururawat yang membantu proses kelahiran tersebut.
Perkongsian cemas Zuan Alias itu telah mendapat perhatian daripada warganet kerana berasa terharu dengan pertolongan yang diberi tanpa sebarang prajudis terhadap warganegara asing.