Ular Aneh Berbulu Hijau Ditemui Di Kawasan Paya Thailand

Seekor ular yang ditemui di Thailand baru-baru ini telah menjadi tular dan menjadi perbincangan hangat dikalangan pengguna media sosial.Ular Aneh Berbulu Hijau Ditemui Di Kawasan Paya Thailand - nangtime.com

Seorang lelaki di wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand telah menemui seekor ular berwarna hijau yang kelihatan agak aneh kerana kelihatan mempunyai bulu di badannya.

Lelaki yang dikenali sebagai Tu itu menemui ular tersebut di kawasan paya kotor dan sempat merakam video ular berkenaan.

Menurutnya, ia belum pernah lagi menemui ular seperti itu dan selepas berfikir dia dan keluarganya bercadang untuk memberitahu phak berkuasa agar spesis ular tersebut dapat dikaji dan dikenalpasti.Ular Aneh Berbulu Hijau Ditemui Di Kawasan Paya Thailand - nangtime.com

Terdapat juga penduduk yang memberitahu media bahawa mereka percaya ular tersebut adalah sejenis ular air yang dikenali sebagai puff-faced water snake. Kebanyakkan spesis ular tersebut berwarna coklat gelap atau hitam yang sangat berbisa dan kebiasaannya ditemui di India, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dalam variasi yang berbeza.

Selain itu, terdapat juga beberapa pengguna media sosial yang beranggapan ular tersebut menyerupai seekor naga.Ular Aneh Berbulu Hijau Ditemui Di Kawasan Paya Thailand - nangtime.com

Seorang pakar di Wildlife ARC, Sam Chatfield berpendapat ular hijau berbulu itu kemungkinan besar merupakan ular air manakala ‘bulu’ yang menempel di badan ular tersebut sebenarnya merupakan lumut atau alga.

VIDEO:

Pakar dari Indonesia, Dr Amir Hamidy pula berpendapat ular hijau tersebut berkemungkinan spesies Homalopsis buccata dan spesis ular itu akan dapat dikenalpasti sekiranya lumut atau alga di badannya dibuang. Ular spesis ini bagaimanapun tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.

Facebook Comments Box