Ular Dalam Pesawat, Penerbangan Pesawat Dari KL Ke Tawau Terpaksa Dilencongkan ke Kuching

Bagi sesiapa yang pernah melihat filem Snakes on a Plane yang dilakonkan oleh Samuel L. Jackson, anda mesti tahu kisahnya mengenai banyak ular yang berada dalam pesawat hingga menimbulkan ketakutan dan panik dikalangan penumpang.Ular Dalam Pesawat, Penerbangan Pesawat Dari KL Ke Tawau Terpaksa Dilencongkan ke Kuchnig - nangtime.com

Namun sebenarnya dalam realiti, seekor ular sahaja dalam pesawat pun sudah boleh menyebabkan kekecohan dikalangan penumpang. Baru-baru ini, sebuah pesawat AirAsia yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak.

Hal ini kerana, seekor ular didapati berada di sebalik lampu pada bahagian siling pesawat dan memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat.

Menurut Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling, “Sebaik kapten (juruterbang) menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat. Insiden ini jarang berlaku dalam mana-mana pesawat,”Ular Dalam Pesawat, Penerbangan Pesawat Dari KL Ke Tawau Terpaksa Dilencongkan ke Kuchnig

Tambahnya lagi, tindakan itu adalah wajar sebab keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan mereka. Selepas itu barulah penerbangan pesawat tersebut akan diteruskan ke Tawau.

Tidak dapat diketahui bagaimana cara ular tersebut boleh berada dalam pesawat, tetapi video yang diambil oleh salah seorang penumpang telah menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

VIDEO:

Facebook Comments Box