Ular Ditemui Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar Waktu Malam, Semakin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh

Sebut sahaja ular, mesti ramai antara kita yang meremang bulu roma kerana takut dengan haiwan ini meskipun pada hakikatnya bukan semua ular yang boleh membahayakan manusia.Ular Ditemui Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar Waktu Malam, Semakin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh

Ular boleh didapati hampir di kesemua tempat, malah kita juga sering mendengar atau membaca kes ular menceroboh masuk ke dalam rumah, bukan sahaja di negara kita tetapi juga di luar negara.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seekor ular besar yang melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina.

Dalam video yang dikongsikan, ular itu kelihatan melingkar dan bergayut diatas kabel elektrik sambil diperhatikan orang ramai yang rasa cemas dan menjerit di bawahnya.Ular Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar Waktu Malam, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah - nangtime.com

Kelihatan beberapa orang mengambil kesempatan itu untuk mengambil gambar dan video kejadian luar biasa itu.

Apa yang lagi mencemaskan ialah ular itu kemudiannya tiba-tiba jatuh ke bawah dan menyebabkan orang ramai menjerit cemas dan keadaan menjadi huru-hara. Rakaman video ini juga terhenti kerana si perakamnya turut terkesan.Ular Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar Waktu Malam, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah - nangtime.com

Walaubagaimanapun, di ruangan komen, si perakam video memberitahu apa yang berlaku kemudiannya.

Menurutnya, selepas ular yang dipercayai ular sawa itu jatuh ke bawah, ular itu kemudiannya berjaya ditangkap tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.Ular Melingkar Atas Kabel Elektrik Di Pasar Waktu Malam, Makin Mencemaskan Apabila Ular Itu Jatuh Ke Bawah - nangtime.com

VIDEO:

Tambahnya lagi, ular itu kemudiannya telah dilepaskan ke kawasan gua yang berdekatan.

Facebook Comments Box