Kami yakin mesti tidak ramai antara anda yang tidak memeriksa bahagian bonet kereta sebelum menggunakannya, malah mungkin memang tidak pernah buka atau periksa kecuali ketika servis atau kereta ada masalah.
Seorang pemilik akaun Twitter @nrsyhni atau Sya menceritakan kejadian yang mengejutkan apabila seekor ular sawa ditemui berlingkar di dalam bonet kereta milik pakciknya. Kereta tersebut pada mulanya mahu dibaiki kerana rosak.
“Pakcik saya bawa kereta dia ke bengkel dan terjumpa ini (ular sawa). Besar sangat, rasa nak menangis,” – tulisnya.
Ular sawa tersebut kelihatan agak besar dan menerusi video yang dikongsikan, ular berkenaan sudah menyusur masuk ke bahagian enjin kereta.
Dalam video perkongsian wanita ini, beberapa orang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang berusaha untuk mengeluarkan ular berkenaan dari bawah kereta.
Kereta tersebut terpaksa diangkat menggunakan lift jack bagi memudahkan usaha menarik ular sawa tersebut agar keluar dari kereta. Akhirnya selepas lebih kurang sejam, ular tersebut telah berjaya dikeluarkan.
VIDEO 1:
update: the struggle is real pic.twitter.com/bVTijr3enn
— sya (@nrsyhni) April 21, 2022
Video dan gambar ular sawa tersebut menjadi tular dan meskipun perkongsian tersebut mungkin mahu memberi peringatan agar sentiasa memeriksa bahagian bonet kereta, namun lain pula yang mencuri perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji kulit ular tersebut yang dianggap agak cantik berkilat.
VIDEO 2:
jangan lupa check engine kereta okay ? pic.twitter.com/EdJMQ9QSyG
— sya (@nrsyhni) April 21, 2022
“Walaupun kulit dia lawa dan elok, tapi gerun membayangkan buka bahagian enjin dan ular sawa terus sambar muka,” komen pengguna lain.
Selain itu, beberapa pengguna wanita membayangkan bahawa jika kejadian tersebut berlaku terhadap mereka, mereka pasti akan trauma dan terus menjual kereta tersebut.