Wanita Terasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ular Berbisa Tumpang Tidur Atas Badannya

Wanita Terasa Ada ‘Benda Sejuk Atas Perut’, Rupanya Ular Berbisa Tumpang Tidur Atas Badannya!nangtime.com - Wanita Terasa Ada 'Benda Sejuk Atas Perut', Rupanya Ular Berbisa Tumpang Tidur Atas Badannya

“Nurul beritahu ada ‘benda’ sejuk di atas perutnya. Dia kemudian segera memanggil nama makcik kerana mengesyaki ada ular di atas badannya,” ujar Rohana Jaafar, 63, menceritakan detik cemas anak perempuannya, Nurul Atikah Ismail, 31, yang terselamat daripada dipatuk ular Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga Dendrophila.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3 pagi tadi, ketika Nurul sedang tidur di rumahnya di Kampung Ulur, Sungai Buluh, di sini.

Rohana berkata, dia mulanya menyangkakan anak perempuannya mengigau akibat kepenatan selepas pulang bekerja di Kuala Lumpur.nangtime.com - Wanita Terasa Ada 'Benda Sejuk Atas Perut', Rupanya Ular Berbisa Tumpang Tidur Atas Badannya

“Saya bagaimanapun bergegas pergi memeriksa biliknya. Sebaik lampu bilik dinyalakan, ular itu dilihat menyusur ke kaki Nurul menyebabkan Nurul menangis ketakutan.

“Dalam keadaan cemas itu, makcik terus menelefon saudara di sebelah rumah untuk meminta bantuan,” katanya.

Rohana berkata, anak saudaranya, Azman Hasan, 40, bertindak menghalau ular itu menggunakan kayu bagi membolehkan Nurul keluar dari bilik berkenaan.

“Tidak lama kemudian sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah tiba untuk menangkap ular berbisa itu.

nangtime.com - Wanita Terasa Ada 'Benda Sejuk Atas Perut', Rupanya Ular Berbisa Tumpang Tidur Atas Badannya

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, seramai empat anggota APM ditugaskan melakukan operasi menangkap reptilia itu sejurus menerima panggilan jam 3.51 pagi.

Katanya, ular Tiung Cincin Emas itu dikesan berlingkar di atas besi langsir dan cuba menyusup keluar melalui lubang.

“Ular sepanjang 1.5 meter itu akhirnya berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box