Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Seorang gadis terkejut apabila melihat bentuk wajahnya berubah menjadi seperti ‘petak’ selepas membuat rawatan buang lemak di bahagian dagu.nangtime.com - Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Zaman sekarang ada pelbagai jenis rawatan kosmetik yang kita boleh buat. Ada yang membuat rawatan suntikan filler bibir supaya kelihatan lebih besar, ada yang membuat rawatan buang lemak suapaya kelihatan kurus.

Namun, ada tidak semestinya semua rawatan ini akan mendapat hasil yang sama ataupun yang kita idamkan.

nangtime.com - Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Di Australia, seorang remaja terkejut dengan perubahan wajah mukanya selepas menjalani rawatan kosmetik dengan membuang lemak di bahagian dagunya.

Hasilnya, wajah mukanya berbentuk petak.

nangtime.com - Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Sofia Marroquin menjalani rawatan kosmetik yang melibatkan teknik suntikan, bukan pembedahan yang popular digunakan untuk mengurangkan lemak di bahagian pipi dan rahang. Setelah itu, Sofia berkongsi penampilan terbarunya di laman sosial media.

Tetapi malangnya, rawatan itu menyebabkan rahangnya membengkak sehingga meninggalkan kesan. Ternyata wajahnya menjadi berbentuk segi sehingga warga net mengaitkannya dengan watak kartun Shrek atau Buzz Lightyear.

nangtime.com - Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Menerusi klip video yang dimuat naik oleh Sofia di aplikasi TikTok, dia berkata, baru selepas ambil suntikan pada wajah saya.

“Keluarga saya tak tahu yang melakukan ini, dan saya ingin melihat bagaimana reaksi mereka,” ujarnya.

nangtime.com - Wajah Berubah Jadi ‘Petak’ Selepas Buat Rawatan Buang Lemak Di Dagu

Reaksi keluarga kemudian dirakam dan kelihatan amat terkejut apabila melihat perubahan wajahnya itu.

Gadis itu bagaimanapun mengatakan perubahan wajahnya adalah disebabkan kesan sampingan rawatan yang diambilnya dan akan menunjukkan hasil akhir selepas bengkak dan kesan itu hilang.

Sumber: Mirror

Facebook Comments Box