Wajah seorang wanita warga emas bertukar menjadi hodoh selepas dia memicit jerawat 6,7 tahun lepas sampaikan orang mengata dirinya terkena sihir dan menggelarnya zombi.
Seorang wanita warga emas terpaksa tinggal bersendirian selepas wajahnya bertukar menjadi hodoh selepas memicit jerawat di mukanya kira-kira enam, tujuh tahun lalu.
Portal Mirror melaporkan, Librada Patam, 69, dari Cavite, Filipina mempunyai kulit normal namun terkena jangkitan selepas dia memicit jerawat pada wajahnya.
Ibu tunggal itu tidak mampu untuk berjumpa doktor apabila wajahnya berubah kerana jangkitan tersebut dan hanya berjumpa dukun yang memberitahu dia telah disihir.
Penduduk setempat mulai menjauhinya dan menggelarkan dia zombi dan bimbang mereka juga akan terkena sihir tersebut.
Patam tinggal dengan anak perempuannya yang mempunyai masalah pertuturan memberitahu, dia mengambil ubat selama enam bulan namun tiada perubahan.
Menurut Kelly Lee yang merakam video wanita berkenaan, tiada sesiapa yang menjaga warga emas tersebut.
“Dia mencuci pakaiannya, memasak sendiri dan tidur di atas lantai dengan anjingnya, Saya berharap dia mendapat rawatan tidak lama lagi,” ujarnya.
p/s: Dah makin banyak kes kena jangkitan berpunca dari picit jerawat sekarang ni..