Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang, Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang

Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang. Sebagai ibu bapa, semenangnya akan ada kasih sayang terhadap anak sendiri yang melebihi orang lain. Namun, kasih sayang yang berlebihan dan tidak kena pada tempat juga tidak digalakkan kerana ianya boleh mempengaruhi seseorang anak itu untuk membuat sesuatu yang tidak baik.nangtime.com - Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang

Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp.

Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang.

Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang.

nangtime.com - Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang
Gambar Hiasan

Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab.

Mak pelajar hantar mesej Whatsapp kepada cikgu.

nangtime.com - Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang

Ibu murid pertikaikan apa salah anak dia dan beri warning pada cikgu supaya jangan ulang (denda anaknya cuci longkang).

Cikgu pula menjawab dengan tenang dan memberikan penjelasan kepada si ibu..

 

nangtime.com - Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang

Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu ini membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah.

nangtime.com - Wanita Bengang Anak Didenda Cuci Longkang,Siap Beri Warning Kepada Cikgu Jangan Ulang

Penjelasan yang panjang lebar, dan diharapkan semoga ibu pelajar itu tahu apa yang anaknya buat di sekolah. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan ibu pelajar tersebut dan ramai mengatakan anaknya berpengai begitu kerana pengaruh ibunya sendiri.

“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.

Sepatutnya ibu bapa hendaklah mengetahui perangai anak masing-masing dan jika mereka dihukum disekolah, seeloknya tanya dulu apa sebabnya. Dan jangan biarkan jika anak melakukan sesuatu perkara yang tidak elok, sebaliknya ibu bapa harus bertegas dengan mereka soal kebaikan dan keburukan sesuatu perkara, contohnya perkara yang berkaitan dengan pelajaran mereka.

Facebook Comments Box