Hari ini kita tidak dapat nak menafikan yang semakin ramai yang terkesan terutama dengan masalah kewangan disebabkan kehilangan punca pendapatan, pendapatan berkurang ataupun tidak dapat mencari pendapatan ketika musim PKP ini.
Walaupun begitu, masih ramai insan dan pihak yang prihatin dan cuba membantu golongan-golongan yang terjejas dengan memberikan bantuan sumbangan yang majoritinya merupakan barangan makanan da tak kurang juga barangan untuk mereka yang ada anak kecil.
Walaupun begitu sikap segelintir pihak yang meminta atau memerlukan bantuan agak menjengkelkan apabila segelitir daripada mereka suka demand macam-macam. Baru sahaja beberapa hari lepas, tular kisah pemohon bantuan yang berkeras mahukan pampers berjenama untuk anaknya, kali ini tular pula satu kisah lain yang berkaitan dengan pemohon bantuan.
Seorang wanita yang dikenali dengan Nur Ain Nadyan berkongsikan satu status di facebook mengenai pengalamannya berdepan dengan penerima bantuan yang banyak kerenah dan suka demand macam-macam.
Bukan itu sahaja, individu ini juga seperti tidak malu meminta bermacam-macam barangan. Apa yang tidak disangka-sangka, individu terbabit selamba menghantar senarai keperluan yang dia mahukan termasuklah 3kg daging, sotong besar 1kg, telur ayam gred A dua papan dan macam-macam lagi.
Maaf, saya cuba bersopan, tapi saya pun ada rasa penat. Bagi betis, mohon pelempang. Saya dengan rela nak bagi free, minggu lepas dah hantar ayam, barang basah sikit. Adik-adik saya pun tak minta macam ni lagi dengan saya.
Oleh kerana rasa bengang dan geram, Nur Ain Nadyan sengaja meminta ‘bayaran’ terlebih dahulu kepada wanita tersebut termasuklah dengan caj penghantaran.
Difahamkan, sehingga kini individu itu langsung tidak memberi respon meskipun dia sudah membaca WhatsApp yang dikirim oleh Nur Ain Nadyan.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa bengang dan geram mereka terhadap wanita itu dan juga segelitir pihak penerima bantuan yang terlampau suka demand barang bantuan untuk diberikan kepada mereka. Rata-rata netizen berpendapat sikap sebegini seolah-olah mahu mengambil kesempatan atau keihklasan dan kemurahan hati orang lain.
Sumber: Nur Ain Nadyan