Wanita Berang Dipanggil ‘MAKCIK’ Oleh Seorang Gadis Dan Terus Bertindak Menamparnya

Tidak dinafikan memang ada orang pada zaman sekarang yang sensitif apabila melibatkan soal umur atau usia. Oleh itu sebelum memulakan perbualan atau memanggil seseorang sama ada lelaki atau perempuan, adalah agak penting untuk kita tahu atau menganggar berapa umur mereka.nangtime.com - Wanita Berang Dipanggil ‘MAKCIK’ Oleh Seorang Gadis Dan Terus Bertindak Menamparnya

Ini kerana ada orang akan marah kalau kita memanggil mereka dengan panggilan yang dirasakan lagi ‘tua’ atau ‘muda’ dari umur mereka. Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang gadis 19 tahun memanggil seorang wanita dengan panggilan ‘makcik’ dan tindakan wanita itu betul-betul diluar dugaannya apabila bertindak menamparnya.

Menurut portal India Times, seorang wanita berusia 40 tahun itu naik berang apabila dipanggil ‘makcik’ oleh seorang gadis yang menegurnya.

Bengang dengan tindakan itu, perempuan tersebut bertindak mengangkat tangan dan menampar muka gadis berkenaan sebelum mereka berdua akhirnya bertengkar.

nangtime.com - Wanita Berang Dipanggil ‘MAKCIK’ Oleh Seorang Gadis Dan Terus Bertindak MenamparnyaPada mulanya, gadis itu dikatakan menyapa wanita itu dengan panggilan ‘makcik‘ kerana mahu meminta laluan di tengah-tengah kesibukan orang yang berada di pasar tersebut.

Susulan kekecohan yang berlaku itu, orang ramai yang turut berada di lokasi kejadian mengerumuni kedua-duanya. Mereka sama sekali tidak menyangka isu kecil itu bertukar menjadi pertengkaran yang besar.

Pihak polis telah datang ke situ untuk meredakan pergaduhan. Akhirnya, kedua-dua wanita itu akhirnya berdamai dan tidak lagi bergaduh sesama mereka selepas kedua-duanya dibawa ke balai polis .

VIDEO:

Sumber: India Times

Facebook Comments Box