Wanita Bertindak Pelik Bagai Kena Rasuk Menakutkan Para Penumpang Pesawat

Sebuah Pesawat Dikejutkan Dengan Kelakuan Seorang Penumpang Wanita Bagai Dirasuk Seperti Dalam Filem The Exorcist, Menjerit Naik Kerusi Pesawat Dengan Gaya Pelik.

nangtime.com - Wanita Bertindak Pelik Bagai Kena Rasuk Menakutkan Para Penumpang PesawatKejadian ‘menyeramkan’ berlaku apabila seorang wanita berkelakuan luar biasa seperti dirasuk ketika menaiki sebuah pesawat menuju ke Michigan, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

Menerusi sebuah video yang sempat dirakamkan oleh seorang penumpang, wanita berkenaan dilihat menjerit-jerit seperti hilang akal sambil memanjat tempat duduk penumpang di barisan yang kosong.

Kemudiannya, tiga orang lelaki yang menghampiri wanita itu dilihat cuba mententeramkan kejadian dengan memaksa wanita itu turun daripada tempat duduk penumpang dengan menariknya ke bawah.

nangtime.com - Wanita Bertindak Pelik Bagai Kena Rasuk Menakutkan Para Penumpang Pesawat

Mereka kemudiannya membawa wanita itu keluar namun ketika beredar dia masih meIontarkan kata-kata kesat kepada mereka.

Salah seorang penumpang membuat spekulasi bahawa wanita tersebut berada di bawah pengaruh d@dah dan mengambil bahan terIarang.

nangtime.com - Wanita Bertindak Pelik Bagai Kena Rasuk Menakutkan Para Penumpang PesawatManakala, beberapa komen yang ditinggalkan di video tersebut mengaitkan kejadian berkenaan dengan filem The Exorcist dan berkata bahawa wanita itu DlRASUK setan.

VIDEO:

Setakat ini, rakaman video itu mencatat lebih sejuta tontonan ketika dimuat naik di laman web worldstarhiphop.com.

Facebook Comments Box