Wanita Dan Dua Anak Saudara Kena Patuk Ular Tedung Tikus Dalam Rumah

Seorang wanita yang sedang menjaga kedua orang anak saudaranya berdepan dengan detik-detik mencemaskan dan menakutkan apabila mereka dipatuk oleh seekor ular tedung tikus! Wanita Dan Dua Anak Saudara Kena Patuk Ular Tedung Tikus Dalam Rumah

Ketika kejadian, wanita itu sedang memandikan kedua orang anak saudaranya di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan.

Kejadian tersebut berlaku pada sekita rjam 2.25 petang tadi di Sekinchan, Selangor dan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan mereka mendapat panggilan kecemasan pada jam 7.29 malam di lokasi kejadian.

Jentera Bomba dan Penyelamat dengan beberapa orang anggota segera dikejarkan ke rumah mangsa dan tiba di rumah pada jam 7.29 malam.

 

”Kami dimaklumkan wanita berkenaan sedang memandikan dua anak saudaranya di bilik air sebelum mereka dipatuk ular tedung itu.Wanita Dan Dua Anak Saudara Kena Patuk Ular Tedung Tikus Dalam Rumah“Suami wanita yang menyedari insiden itu bertindak pantas membawa ketiga-tiga mangsa ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan”

Apabila sampai di lokasi, pihak mereka dimaklumkan oleh jiran mangsa bahawa mangsa yang berusia 24 tahun dan dua anak saudaranya berusia setahun dan tiga tahun telah dibawa suami wanita terbabit ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut.

Pihak Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih kurang 3 minit untuk menangkap ular tedung tikus dalam rumah terbabit menggunakan peralatan khas. Mereka kemudian dimaklumkan bahawa kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang.

Wanita Dan Dua Anak Saudara Kena Patuk Ular Tedung Tikus Dalam Rumah

Menurut pihak Bomba, ular tedung tikus yang ditangkap oleh mereka dalam rumah mangsa bukan jenis ular berbisa. Ular tersebut kemudian dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Facebook Comments Box