Kebiasaannya tetamu yang datang ke majlis kahwin akan makan hidangan atau jamuan yang disediakan dan meninggalkan majlis apabila selesai dan tak lupa juga bertegur sapa dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.
Di majlis perkahwinan yang mewah, tetamu biasanya dijamu dengan makanan-makanan yang sedap dan mendapat door gift yang mahal-mahal. Namun berbeza dengan perkongsian seorang wanita mengenai satu majlis kahwin yang diadakan di satu tempat mewah dan berprestij.
Oleh kerana mahukan majlis perkahwinan yang mewah dan hebat, pasangan pengantin telah melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka.
Wanita ini yang menjadi tetamu majlis mereka mendedahkan dirinya terkejut apabila dia dan 9 orang tetamu lain dipaksa menjadi tukang cuci pinggan kerana pasangan pengantin tidak cukup bajet.
Hali ini kerana pasangan pengantin menggunakan kebanyakan wang untuk lokasi majlis dan gaun pengantin, dan mereka mengambil keputusan untuk cari tukang cuci sendiri iaitu tetamu majlis mereka.
Namun itu tidak berakhir di situ apabila pasangan pengantin juga gagal menyediakan makanan yang secukupnya buat tetamu hingga ada yang tidak mendapat makanan. Hanya 75% tetamu sahaja yang memperoleh makanan.
Namun, menurut laporan Mirror, wanita ini juga mendedahkan bahawa pasangan pengantin ini berpisah 3 tahun kemudian selepas perkahwinan mereka.
Seeloknya jika mahu merancang dan mengadakan majlis perkahwinan, sila lah ukur baju di badan sendiri, jangan berbelanja melebihi kemampuan semata-mata nak nampak hebat. Selepas kahwin nanti dah tiada duit pun susah juga kan.